(6 GAMBAR)Remaja Lelaki Dipuja Bagai Dewa Di India Kerana Mempunyai ‘Ekor’

Trending

(6 GAMBAR)Remaja Lelaki Dipuja Bagai Dewa Di India Kerana Mempunyai ‘Ekor’

Seorang remaja India dipuja sebagai dewa kerana mempunyai ‘ekor’sepanjang tujuh inci.

Arshid Ali Khan, 13, telah menjadi simbol ketuhanan di negeri Punjab.

Advertisement


 photo article-2660148-1ED7F1C500000578-645_634x624.jpg

Penduduk tempatan mempercayai yang dia ialah kelahiran semula dewa monyet iaitu Hanuman, dan mereka memanggilnya Balaji.

Bagaimanapun, Arshid terpaksa menggunakan kerusi roda dan dia sedang mempertimbangkan untuk membuang ‘ekor’ tersebut. Dia berkata:

‘Ekor’ ini diberi kepada saya oleh tuhan. Saya dipuja kerana apabila saya berdoa kepada tuhan, permintaan saya akan dikabulkan.

Saya tidak rasa memiliki ekor sesuatu yang baik mahupun buruk.

Arshid tinggal dengan datuknya, Iqbal Qureshi, dan dua orang bapa saudara selepas bapanya meninggal dunia semasa dia berusia empat tahun dan ibunya berkahwin lain.

Rumah Arshid telah diubah menjadi kuil di mana pemujanya datang berjumpa dengannya bagi menerima restu darinya dan menyentuh ‘ekor’nya.

Qureshi mendakwa banyak doa Arshid untuk mereka telah dimakbulkan.

Kadangkala pasangan yang tidak mempunyai anak datang berjumpa Balaji untuk meminta pertolongan. Dia ‘merestui’mereka dan mereka selalunya akan memiliki anak tidak lama kemudian.

Namun Arshid berkata dia mengalami masalah untuk menguruskan masa antara pelajaran, bermain dengan rakan dan menolong orang. Pada hari biasa dia bersekolah dan hujung minggu dia dikunjungi oleh 20-30 orang untuk meminta pertolongan.

Arshid berkata dia berkemungkinan akan membuang ekor itu kerana kata doktor, ekor yang tumbuh di bahagian tulang belakangnya itu mungkin punca dia tidak dapat berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Lagi lima gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 photo article-2660148-1ED7EF2100000578-373_634x876.jpg
 photo article-2660148-1ED7F0CD00000578-278_634x391.jpg
 photo article-2660148-1ED7F0DA00000578-363_634x311.jpg
 photo article-2660148-1ED7F3A000000578-937_634x467.jpg
 photo article-2660148-1ED7F3AC00000578-610_634x571.jpg

Laporan asal: Dailymail UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...