(6 GAMBAR)Misteri Lelaki Memegang Kapak Dalam Kapal Perang Lama

Trending

(6 GAMBAR)Misteri Lelaki Memegang Kapak Dalam Kapal Perang Lama

Seorang Redditor, stevgoldhound menceritakan mengenai satu gambar yang diambil dalam satu kapal perang lama.

Saya bekerja di lautan. Bulan lepas kami membaiki satu dok kapal di atas satu pelantar.

Advertisement

Di sebelah dok kapal kami ialah satu kapal perang tentera yang sudah lama, menanti masa untuk dilupuskan. Kapal itu sudah ada di situ dua minggu sebelum kami datang.

Setelah dikeringkan, kesemua anggota krew kapal meninggalkan kapal ini untuk menghadapi takdirnya. Memang sedih, tapi memang selalunya begini nasib kapal lama.

Setelah kesemua barangan penting dikeluarkan dari kapal, kami pekerja dok boleh masuk untuk meninjau. Pembaiki kami, John, masuk ke kapal untuk dengan kamera untuk mengambil gambar kawasan kerja. Dia mengambil beratus gambar, dan ini ialah satu dari gambar itu.

Dia kemudiannya menghantar kesemua gambar kepada majikan kami. Majikan kami melihat gambar ini dan memanggil John serta merta, dan bertanya:

Siapa lelaki yang memegang kapak di tepi flash kamera?

John tidak tahu siapa lelaki itu. Semasa mengambil gambar, dia tidak melihat sesiapa. Gambar itu diambil di sebuah lorong, jauh dalam kapal. Setiap kali mengambil gambar dia akan menutup lampu suluh (suasana dalam kapal akan menjadi gelap gelita) dan mengambil gambar, pasang semula lampu suluh dan berjalan terus.

Disebabkan ia ialah satu kenderaan ketenteraan, pihak polis telah dipanggil. Satu pencarian dijalankan dalam kapal tetapi tidak menjumpai sesiapa. Hanya ada satu saja pintu untuk keluar dan masuk ke kapal dan laluan itu dirakam oleh kamera litar tertutup.

Tiada sesiapa dilihat keluar dari kapal setelah John meninggalkan kapal itu.

Saya seorang skeptik. Mungkin gambar itu hasil flash kamera yang merefleksi sesuatu, tapi jika kamu besarkan gambar kamu akan dapat lihat dengan jelas yang ia seorang lelaki dan jelas kelihatan wajah, telinga, jaket berkolar dan kapak dalam genggaman tangannya yang besar.

Mungkin juga John mengenakan saya, tapi saya yakin dengan ceritanya. Lelaki dalam gambar itu tidak kelihatan seperti sesiapa pun rakan yang kami temui di dok.

Sebelum ada yang bertanya, saya takkan beritahu nama kapal atau di mana ia berada kerana saya tidak pasti sama ada saya boleh mendedahkan maklumat mengenai kapal tentera.

Sebab takut, saya sendiri tidak masuk ke dalam kapal untuk meninjau.

Kami di sini bergurau yang ia adalah hantu, dan saya bukannya percaya perkara paranormal. Tapi mana lebih menakutkan, hantu atau seorang lelaki dengan kapak berdiri di lorong hadapan kamu?

Lagi 5 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Ini ialah gambar kapal tersebut dari luar selama beberapa minggu saya berada di sana.

Dan ini ialah gambar-gambar yang telah dijelaskan oleh kawan Redditor saya, MagnusRobot. Hasil yang baik.

Cropped and increased file size x3. Adjusted levels and applied some noise filtering.

Cropped and increased size again. Lack of detail or light in the original can’t be salvaged. What happened to his head?

Desaturated to get rid of colour noise. Even scarier.

Sumber: Reddit

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...