Seperti yang pernah kami katakan, orang Jepun sangat kreatif, terutamanya dalam hal penyediaan makanan. Sebelum ini kami menyiarkan tentang idea orang Jepun untuk memasak penkek menggunakan periuk nasi.
Kali ini mereka tampil dengan idea terbaru iaitu menghasilkan epal madu bakar menggunakan periuk nasi.
Dan bahan-bahan yang diperlukan cuma empat: epal, madu, kulit kayu manis, dan satu kiub mentega.
Lihat cara menghasilkan epal bakar yang enak ini dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Penuhkan 7/8 lubang itu dengan madu, dan kemudian masukkan kiub mentega di bahagian atas madu.
Masukkan dalam periuk nasi, tutup dan tekan butang ‘on’. Biarkan ia masak selama 45 minit. Jika periuk anda tidak mempunyai fungsi pemasa (timer), anda boleh menggunakan aplikasi pemasa telefon pintar anda.
Cukup 45 minit, epal bakar telah masak . Di bahagian dalam, epal tersebut menjadi lembut dan berjus. Ia boleh dihidangkan dengan aiskrim atau krim putar dan ditabur sedikit serbuk kulit kayu manis.
Selamat mencuba!