(6 GAMBAR)Lelaki Kulit Putih Brazil Jalani Pembedahan Untuk Kelihatan Seperti Lelaki Korea

Trending

(6 GAMBAR)Lelaki Kulit Putih Brazil Jalani Pembedahan Untuk Kelihatan Seperti Lelaki Korea

Seorang lelaki Brazil berkulit putih telah mengambil langkah luar biasa menjalani pembedahan untuk kelihatan seperti lelaki Asia.

Xiahn, 25, sukakan ‘K-pop’ dan drama Korea. Dia menjadi obses untuk kelihatan seperti lelaki Korea Selatan sewaktu menjadi pelajar pertukaran di sana.

Advertisement

Setahun di Universiti Dongseo di Korea Selatan memberikan dia keinginan untuk memiliki mata sepet dan rambut hitam.

Untitled

Dia memberitahu akhbar Brazil, Zero Hora:

Saya tarik tepi mata guna jari. Saya ingin mata saya kelihatan seperti itu.

Xiahn menjalani 10 pembedahan untuk mendapatkan rupa yang diinginkan, dan membelanjakan GDP 3000 (RM 15, 000) untuk kelihatan seperti seorang lelaki Asia yang semulajadi.

article-2645950-1E65E10300000578-279_634x738

Lihat keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Saya rasa saya dah dapat apa yang dihajati, cuma perlu menunggu bengkak pada wajah surut untuk melihat hasil yang sebenar.

Saya tak takut sesuatu yang tak kena akan berlaku, cuma takut parut dalam mata. Walaupun nampak plastik, semuanya okay. Penglihatan saya sempurna.

Nama sebenarnya ialah Max, dan satu-satunya yang kekal tentang penampilan Xiahn yang sebelum ini ialah bentuk hidungnya.

Untuk melengkapkan penampilannya Xiahn memakai kanta lekap warna gelap dan mewarnakan rambutnya hitam.

Tidak mempedulikan kritikan, Xiahn berkata melalui akaun Facebooknya:-

Tidak kira apa agama seseorang, dan sama ada kamu percaya atau tidak kehidupan lepas, kamu hanya ada hidup ini, dan kamu mesti jadi apa yang kamu mahukan.

article-2645950-1E65E0EF00000578-175_634x475article-2645950-1E65E0FB00000578-986_634x433article-2645950-1E65E10700000578-133_634x421article-2645950-1E65E11000000578-59_634x357

Laporan asal; Dailymail UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...