Apabila Larry Shaffer ditugaskan ke Afghanistan selama setahun pada 2012, isterinya Misty merancang untuk melakukan sesuatu yang bermakna sebagai kejutan kepada Larry apabila dia pulang.
Semasa Larry pergi, berat Misty ialah 118 kg, dan apabila Larry kembali, Misty telah menguruskan badan. Kehilangan 48 kg, berat Misty kini ialah 70kg. Misty hilang berat badannya melalui diet dan senaman.
Sewaktu melihat suaminya di lapangan terbang, MIsty berlari dan melompat ke dalam pelukan Larry. Larry hanya mampu mengucapkan “wow!”.
Laporan asal: CNN