September 19th, 2013

Di saat peminat dunia hiburan tanah air memberi reaksi kepada Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, yang memuat naik ubat di Instagram yang memberi bayangan beliau sudah mengandung setelah melangsungkan perkahwinan di Thailand dengan Asyraf Muslim, selebriti itu dengan isteri pertama, Noor Dayana Lokman, 26, sedang seronok-seronok berbulan madu di Pom Pom Island, Sabah.



Walaupun ramai yang bersimpati dengan Dayana, mungkin sebenarnya dia telah pun reda dengan pilihan yang dibuat oleh suaminya untuk berkahwin dengan Wan Sakinah. Ceria nampaknya wajah Dayana yang menggambarkan kegembiraannya bercuti dengan suami tersayang.

Menurut status Dayana di Facebook:-

Alhamdulillah..tq Allah for the rezeki n time given for us spending our time together..
Subhanallah..d underwater live is so amazing..learning new experiences throughout d journey..

Back to reality..face every dugaan dgn tabah n sabar..Allah is alwaiz there..He knows the best..insyaAllah.

Our never ending honeymoon trip.

Diharap situasi ini akan berkekalan buat Dayana yang sebelum ini dikatakan pernah dimasukkan ke hospital akibat tekanan setelah mengetahui suaminya ingin berkahwin dua. Oleh sebab bulan madu berkekalan, manalah tahu lepas ni rezeki Dayana pula untuk mendapat cahaya mata kan?

Lagi empat gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Tarian Zapin tradisional yang disuntik elemen Wayang Kulit Kelantan telah dipersembahkan oleh Kumpulan Kesenian JKKN Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur untuk program Inspitari tahun lepas.

Apakah bentuk tari yang akan dipersembahkan oleh mereka untuk Inspitari 2013? Inspitari 2013 bakal berlangsung di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 5 dan 6 Oktober 2013 (Sabtu dan Ahad), 8.30 malam. Like Facebook kami untuk maklumat lanjut bagi mendapatkan pas masuk terhad percuma!




>


Comments are closed.

Loading...