(6 GAMBAR)20 Lelaki Sertai Eksperimen Kesakitan Melahirkan Anak, Menitik Air Mata Tahan Sakit

Trending

(6 GAMBAR)20 Lelaki Sertai Eksperimen Kesakitan Melahirkan Anak, Menitik Air Mata Tahan Sakit

Sebuah hospital di bandar Jinan, wilayah Shandong telah meminta sukarelawawan lelaki untuk mencuba simulator melahirkan anak dalam satu aktiviti 4 November lepas untuk mengalami sendiri kesakitan melahirkan. Matlamat ‘Kem Pengalaman Sakit’ ialah untuk memberikan lelaki peluang untuk merasakan kesakitan yang dialami wanita ketika melahirkan anak supaya mereka menghargai dan menghormati wanita.
childbirth-experiment

Ramai sukarelawan terdiri dari suami yang isterinya mengandung. Kebanyakan mereka menangis setelah beberapa minit merasakan ‘kontraksi’, yang dihasilkan menggunakan mesin. Ia disambung pada perut sukarelawan dan memberikan kejutan elektrik. Dalam satu temuramah, Buang Liao yang berusia 29 tahun berkata:-

Advertisement

Isteri saya akan melahirkan anak tiga bulan lagi. Kami bertengkar bila saya beritahu dia supaya jangan bising sangat masa melahirkan. Bila isteri saya dapat tahu tentang projek ini, dia suruh saya daftar, juga supaya saya tahu tahap mana kesakitan yang dirasakan.

Rasanya azab sangat dan saya hanya sempat pakai selama beberapa minit. Kalau berjam, tak tahu lah bagaimana saya nak tahan kesakitan.

childbirth-experiment2
Seramai 20 orang sukarelawan menyertai projek itu. Salah seorang peserta berjaya mendapat 500 markah berkata:-

Saya bapa bayi kembar tiga dan saya mahu tahu apa yang isteri rasa masa lahirkan anak kami. Rasanya teruk. Saya kagum dengan semua ibu yang mampu melalui semua ini.

Lagi empat gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

childbirth-experiment6
childbirth-experiment5
childbirth-experiment4
childbirth-experiment3

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...