Ada yang keliru rupanya mengenai bilakah tarikh sebenar Ziana Zain mula bertudung. Untuk makluman, keputusan untuk berhijrah sepenuhnya ini telah diambil oleh penyanyi bersuara tinggi ini pada Nuzul Quran yang lalu. Sebelum ini, Ziana Zain memang mengenakan tudung sepanjang bulan Ramadhan sebagai tanda menghormati bulan penuh mulia ini. Apa pun kejelitaan Ziana Zain yang masih tampak muda makin jelas terserlah selepas bertudung.
Comel kan? Alhamdulillah. Memang bulan Ramadhan kali ini penuh dengan hidayah buat selebriti-selebriti wanita kita. Ada lebih kurang 10 hari lagi sebelum Ramadhan berakhir. Moga ada berita gembira lagi selepas ini. Mana tahu rakan baik Ziana Zain, Erra Fazira pula mengambil keputusan untuk berhijrah juga. Sama-samalah kita doakan.
Lagi beberapa gambar Ziana Zain manis bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
P.S: Sempena puasa dan raya ini, apa kata cari duit lebih sedikit dengan perniagaan TOPUP ini. Kalau dulu nak TOPUP kena keluarkan duit, sekarang dengan TOPUP pun boleh cari duit. Bukan sikit tau, boleh cecah ribu-ribu jugak sebulan. Menarik kan? Maklumat lanjut layari Facebook CunPrepaid.