Cantik, comel, cute, jelita, menawan dan mempersona sungguh apabila Tasha Shilla memuatnaik gambar dirinya berhijab sejak kebelakangan ini. Sejuk sangat mata memandang. Kalau sebelum ini Tasha sering berkongsi gambar tak cukup kain, kali ini penampilan Tasha mendapat pujian ramai, lebih-lebih di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Persoalannya adakah ini hanya imej sementara atau Tasha Shilla sudah mengambil keputusan untuk berhijrah sepenuhnya?
Sekiranya perubahan ini adalah untuk selamanya, pasti para peminat Tasha gembira dengan perubahan ini. Namun jika sekadar untuk menghormati bulan Ramadhan, itu pun sudah cukup baik. Cuma nanti lepas habis Ramadhan jangan la balas dendam sampai pakai baju terdedah sana-sini. Sekurang-kurangnya tak pakai baju terlampau seksi pun dah cukup dah. Tak gitu?
Apa pun Abang Nara pasti ramai yang mendoakan agar Tasha Shilla terus istiqamah bertudung dan memakai pakaian yang menutup aurat. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.