Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(6 FOTO) Fad Bocey Kini Bergelar Suami Kepada Nur Syahirah

Salahs seorang daripada anggota kumpulan lawak, Bocey iaitu Fad telah selamat bergelar suami kepada Nur Syahirah hanya dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan tersebut yang didahulukan dengan majlis pertunangan telah berlangsung di tempat kelahiran isterinya di Jitra Kedah. Mengenakan busana putih, kedua-dua pengantin tampak berseri.

Advertisement

Fad mula berkenalan dengan Nur Syahirah apabila gadis tersebut yang juga merupakan adik angkat kepada Jihan Muse sering hadir ke pentas Maharaja Lawak Mega. Sudah mengenali antara satu sama lain selama dua tahun dan baru sahaja lima bulan menjadi pasangan kekasih, Fad membuat keputusan untuk bernikah dengan wanita tersebut kerana beliau amat memahami dirinya dan mudah untuk dibawa berbincang.

Majlis resepsi Fad dan Nur Syahirah bakal diadakan di Dewan Tun Rahah, Kuala Lumpur pada 23 Mei 2015.

Tahniah kami ucapkan kepada Fad dan isteri, kahwin di usia muda bukanlah satu penghalang untuk anda berdua untuk bahagia, tanamkan sifat penuh sabar dan tolak ansur dalam diri kerana ia kunci kepada rumah tangga yang kekal.

Sumber Foto:  unclekayphotoworks

Lagi beberapa foto majlis pernikahan Fad dan Nur Syahirah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama