57 Anak Kapal Sah Positif COVID-19 Selepas 35 Hari Belayar

COVID-19

57 Anak Kapal Sah Positif COVID-19 Selepas 35 Hari Belayar

Seramai 57 orang kelasi dari kapal Echizen Maru telah sah dijangkiti COVID-19 selepas 35 hari belayar, walaupun sebelum itu mereka telah diperiksa dan disahkan negatif wabak itu sebelum meninggalkan pelabuhan.

Menurut Kementerian Kesihatan Wilayah Tierra del Fuego, kapal pukat tunda itu telah kembali ke pelabuhan setelah beberapa anak kapal mula menunjukkan gejala COVID-19.

Advertisement

57 orang kelasi daripada 61 anak kapal itu telah didiagnosis positif virus itu selepas menjalani ujian baru.

Dua dari pelaut lain telah diuji negatif dan dua yang lain sedang menunggu keputusan ujian. Walaubagaimanapun, kesemua anak kapal diarahkan menjalani 14 hari kuarantin di sebuah hotel di bandar Ushuaia.

Pengarah Penjagaan Kesihatan Primer di Tierra del Fuego, Alejandro Alfaro Sukar untuk menentukan bagaimana anak kapal ini dijangkiti, ini mengambil kira 35 hari selama mereka tidak berhubung dengan sesiapun di daratan.

Ketua jabatan penyakit berjangkit di Hospital Wilayah Ushuaia, Leandro Ballatore berkata bahawa dia percaya ini berkait dengan kes melarikan diri ketika sesi keterangan dalam penerbitan dan pihaknya masih belum dapat menjelaskan bagaimana perkara ini boleh terjadi.

Kawalan keselamatan telah dilakukan di sekitar kapal bagi memastikan tiada proses keluar masuk tanpa izin akan berlaku.

Argentina sebelum ini mencatatkan lebih 100,000 kes COVID-19 setakat Ahad lalu dan jumlah kematian meningkat kepada 1,859. Sebilangan besar jangkitan dilaporkan berlaku di kawasan Buenos Aires.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...