Antara perkara yang paling hangat diperkatakan di AJL29 semalam ialteh ah kehebatan produk Qu Puteh yang selang beberapa minit pasti akan muncul sebagai selingan. Dengan tagline yang catchy beserta gaya gerak tangan yang menarik, Abang Nara dapat rasakan endorsement Qu Puteh memang berjaya. Rasanya satu Malaysia dah tahu tentang produk ini. Walaupun agak ‘hardsell, tapi kita selaku penonton redha je lah. Datuk Vida yang keluar duit juta-juta. Mestilah nak dapat pulangan yang setimpal.
Salah satu perkara yang boleh diperbaiki lagi ialah gandingan pengacara untuk AJL29. Tak tahu kenapa tetapi malam semalam AG dan Scha agak tiada ‘chemistry’. Mungkin kerana terlalu banyak perlu menyebut tagline Qu Puteh sampai hilang apa yang dicakapkan. Lain-lain semua dah mantap dah. Mungkin tahu depan boleh cuba gandingan baru pulak.
Apa pun, jom layan gambar selebriti-selebriti tanah air di gambar merah AJL29 dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pemenang. Kredit gambar Tonton dan RotiKaya.
P.S: Perodua Myvi atau Proton Iriz?