Setiap tahun, Astro akan menganjurkan majlis berbuka puasa sambil mengumumkan program-program sempena Aidilfitri yang bakal tiba. Ramai selebriti yang akan hadir memeriahkan lagi majlis ini dengan persembahan seperti nyanyian, sketsa, dan lakonan. Di majlis iftar Astro ini anda akan dapat beramah mesra dengan para selebriti yang biasanya hanya dapat dilihat di kaca televisyen.
Dengan tema “Sempurna Seadanya”, Astro menjadikan lima perkara ‘Keredhaan’, ‘Kasih Sayang’, ‘Kebahagiaan’, ‘Kesyukuran’ dan‘Jalinan Persaudaraan’, tema ‘Sempurna Seadanya’ sebagai teras utama. Tema ini dilihat mampu menterjemahkan mesej positif merentasi setiap lapisan masyarakat tanpa mengira umur, etnik dan agama. Kelebihan dan kekurangan masing-masing wajar diraikan bersama, malahan ia dianggap sebagai faktor pelengkap untuk menjadi lebih baik.
Semoga Ramadhan dan Aidilfitri kita kali ini juga “Sempurna Seadanya” tanpa perlu berlebih-lebihan. Mana yang ada itu pun dah cukup sebenarnya. Tak perlu nak membazir. Lagi beberapa gambar sekitar Majlis Iftar Astro 2019 dengan membaca artikel ini sepenuhnya.