500 Kenderaan ‘Cuba Nasib’ Masuk Kelantan Diarah Berpatah Balik

Trending

500 Kenderaan ‘Cuba Nasib’ Masuk Kelantan Diarah Berpatah Balik

Umum tahu bahawa pergerakan merentas negeri tanpa kebenaran PDRM merupakan kesalahan yang boleh dikenakan kompaun. Tetapi masih ramai yang bertindak berani dan mahu ‘cuba nasib’. Apa kes?

Menurut laporan sehingga petang semalam, kira-kira 500 kenderaan di Pasir Mas telah diarahkan berpatah balik ketika melalui tiga sekatan jalan raya utama untuk memasuki negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, selain tiada surat kebenaran rentas negeri, pengguna jalan raya juga memberi alasan tidak munasabah.

Advertisement

Tambah beliau, mereka yang melakukan percubaan merentas ini bukan sahaja bertindak nekad, malah ada juga sebahagian perantau yang mencetak surat kebenaran rentas negeri yang dimuat turun menerusi laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa tandatangan serta cop kebenaran pihak berkuasa.

“Ramai yang diarahkan berpatah balik kerana tiada surat kebenaran rentas negeri, malah ada yang lebih berani apabila mencetak surat itu tanpa sebarang pengesahan (polis)”

“Saya anggap tindakan itu sebagai cuba nasib, namun kita berjaya kesan cubaan itu sebelum mereka dikenakan kompaun dan diarahkan berpatah balik”

Menerusi laporan Harian Metro, antara tempat paling ramai diarah berpatah balik adalah di sekatan jalan raya sempadan Gua Musang dan Pasir Puteh.

Difahamkan kebelakangan ini, berlaku peningkatan sebanyak tujuh peratus berbanding hari biasa walaupun negeri itu berstatus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Terdahulu, beliau membuat tinjauan di dua sekatan jalan raya dalam mukim Bunut Susu sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) membabitkan tiga kampung iaitu Kampung Paya Ular, Tualang dan Bechah Palas yang berkuat kuasa tengah malam tadi sehingga 22 Mei.

Operasi ini memerlukan seramai 117 yang terdiri daripada anggota polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang terbabit dalam penugasan di 13 sekatan jalan raya sempena PKPD itu.

“Tiga lokaliti ini membabitkan kira-kira 1,800 penduduk iaitu 500 keluarga yang mana kami rasakan tugasan kali ini tidak semudah seperti sebelum ini kerana merangkumi kawasan yang luas”

Pihak polis juga sudah mengenalpasti 30 laluan alternatif termasuk lorong tikus.

Pun begitu, beliau yakin penduduk di sini akan memberi kerjasama kepada pasukan petugas.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...