Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin nampaknya melakukan tugas dengan baik. Ini apabila Malaysia kini berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran 50 peratus warga dewasa menerima vaksin lengkap.
Malaysia yang pada mulanya agak lambat tetapi kini menjadi negara yang terpantas di dunia memberikan vaksin kepada rakyat. Setakat Julai, sebanyak 12 juta dos vaksin telah diberikan. Peningkatan paling ketara berlaku diantara bulan Februari hingga Jun yang mencecah lebih 8 juta dos.
“Purata kadar vaksinasi harian kita pada Julai mencecah hampir 400,000 melebihi sasaran iaitu 300,000. Kita bermula lewat sebulan berbanding negara maju seperti Australia, Jepun dan Korea Selatan, namun kita telah berjaya bergerak lebih pantas.” – Kata KJ.
Ini terbukti bahawa, isu kekurangan kapasiti, sumber daya atau kompetensi bukanlah penghalang kejayaan kita ini, tetapi sebaliknya ia disebabkan oleh bekalan vaksin yang tidak konsisten akibat ketidakadilan pengagihan vaksin Covid-19 oleh negara tertentu yang turut dikritik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Pencapaian ini juga diihat sangat berkesan apabila pesakit Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Sarawak berkurang sebanyak 60 peratus dan hampir 100 peratus di Labuan.
“Kita menyedari bahawa varian Delta tersebar luas di Sarawak dan Labuan, namun Alhamdulillah, vaksin mempunyai kesan yang diharapkan untuk mengurangkan tahap keparahan Covid-19.” – Tambah KJ lagi.
Semoga ada sinar untuk kita tidak lama lagi. Bagaimanapun, kita tetap perlu patuh SOP yang ditetapkan. #kitajagakita
We had a very good July & are on track for our Aug targets. PICK has started to show early positive results but we must continuously strive to get as many people vaccinated as quickly as possible so our people & economy can recover & our nation can heal.
— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) August 15, 2021
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara