5 Tokoh Yang Mengubah Kerjaya Untuk Mencuburi Bidang Kreatif

Trending

5 Tokoh Yang Mengubah Kerjaya Untuk Mencuburi Bidang Kreatif

Zaman sekarang ramai yang bekerja hanya sekadar mengikut kehendak ekonomi dan meninggalkan kerjaya impian. Untuk mengubah kerjaya dan mengejar kerjaya impina bukan keputusan yang sangat mudah. Ia memerlukan X-Factor yang betul kuat untuk mengubah keputusan kerana keputusan ini akan menentukan hala tuju hidup anda.

Berikut merupakan individu yang mengubah kerjaya mereka untuk mencuburi bidang kreatif dan berjaya.

Advertisement


Brandon Stanton merupakan seorang bond trader yang mengubah hidupnya menjadi seorang jurugambar dan mengasaskan Humans of New York. Hasil karyanya di Humans of New York telah meletakkan Stanton dalam senarai Time Magazine’s ‘30 Under 30 People Changing The World’. Gambar suasana New York yang diambil sangat menakjubkan sehingga pengikut laman facebook nya mencecah 17 juta pengikut.


Marcus Bleasdale sebelum mencuburi bidang kreatif merupakan investment banker dan mendapat pendapatan setengah juta pound setahun. Beliau melakukan U-TURN yang paling besar dalam hidupnya apabila meninggalkan bidang bank untuk menjadi seorang journalist. Africa, America Tengah dan Balkans merupakan antara negara yang pernah beliau dokumentasikan. Ibunya mengatakan beliau bodoh dan ayahnya mengatakan beliau seorang yang gila kerana menjual segala aset untuk menjadi seorang journalist. Hasil kerja beliau telah memenangi pelbagai anugerah dari UNICEF, World Press Photo dan Royal Photographic Society, dan hasil kerja beliau juga pernah dicalonkan untuk anugerah Emmy.


David Carson dahulunya merupakan seorang guru di San Diego, California. Beliau juga merupakan seorang peluncur professional yang menduduki ranking ke-9 dunia. Selepas meninggalkan kerja sebagai seorang guru beliau menjadi pereka grafik dan merupakan pengarah seni.


Hermann Zapf (1918-2015) merupakan seorang typographer yang terkenal menghasilkan typeface seperti Palatino, Optima dan Zapfino. Beliau merupakan seorang jurutera sebelum mencuburi bidang kreatif. Beliau mencuburi bidang kreatif selepas menghadiri pameran seorang tokoh typographer Rudolf Koch di Nuremberg.


Siapa yang tidak kenal Giorgio Armani, seorang pereka fesyen yang terkenal dengan rekaan yang exclusive. Beliau memulakan karier sebagai staff di University of Milan selepas 3 tahun, beliau menyertai tentera dan ditugaskan di Hospital Tentera Verona. Selepas memasuki tentera. beliau bercadang untuk menukar kerjaya dan memilih menjadi pereka pakaian lelaki untuk Nino Cerruti. Selepas menimpa pengalaman dalam bidang fesyen, beliau kemudian menubuhkan Armani pada 1975. Pada 2001 beliau dikatakan pereka fesyen paling berjaya pernah dilahirkan oleh Itali.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...