5 Tips Wajah Cantik Dan Berseri-Seri Tanpa Sebarang Mekap. Pasti Lebih Cun!

Hiburan

5 Tips Wajah Cantik Dan Berseri-Seri Tanpa Sebarang Mekap. Pasti Lebih Cun!

Semua wanita mempunyai keinginan untuk tampil cantik dengan menggunakan produk kecantikan atau alat kosmetik yang menjanjikan kesan segera terutama untuk menghilangkan cela dan mencerahkan kulit.

Bukan itu sahaja, terdapat segelintir wanita di luar sana terlalu obses dengan mekap, semata-mata agar wajah mereka nampak cantik dan berseri. Kalau sehari tidak menggunakan mekap, mereka akan rasa hilang keyakinan diri, tidak cukup cantik. Adakalanya, sampai rasa tertekan juga sehingga tidak boleh berhadapan dengan orang ramai.

Advertisement

Untuk wanita Muslim pula, ia agak sukar untuk kulit mereka kekal kelihatan ‘flawless’,  dengan mekap sepanjang hari, kerana setiap kali menunaikan solat, mereka perlu memadam solekan untuk menunaikan ibadah wajib ini.

Tetapi trend kecantikan ini telah berubah pada zaman sekarang, dimana mereka semua sedar bahawa penting untuk merawat muka dan bukan sekadar memakai kosmetik agar kulit lebih sihat dan dirawat.

Tidak kira sama ada wanita itu bekerja di luar atau di dalam pejabat yang terlindung dari cahaya matahari dan terdedah kepada penghawa dingin dalam tempoh yang panjang, ia akan mempengaruhi kulit mereka. Dimana, kulit yang terdedah kepada penghawa dingin dalam tempoh yang lama akan cepat kering dan berkedut.

Bukan itu sahaja, cuaca di Malaysia juga agak panas dan seringkali kulit kita akan terdedah kepada sinaran UV yang akan membuatkan wajah lebih kusam dan tidak berseri lagi.

Memang tertekan betul kan? Tetapi tidak apa, relaks dulu. Jangan risau, kami ada beberapa tips untuk anda dapatkan wajah lebih cun dan berseri-seri tanpa sebarang solekan.

Seperti yang ramai sedia maklum, orang Korea sangat terkenal dengan kulit mereka yang sungguh bersih, licin dan bercahaya walaupun tanpa mekap. Setiap kali menonton drama Korea ataupun mekap tutorial orang Korea, anda pasti tertanya-tanya, “macam mana

Nak dapat kulit macam ini?

Sebenarnya mereka mengamalkan 5 langkah penjagaan kulit ini:-

Pencuci muka buih

Orang Korea mengamalkan sikap “double cleansing” untuk memastikan segala kotoran yang terdapat di muka betul-betul hilang dan 100% bersih. Anda boleh menggunakan pencuci muka buih atau foam cleanser tetapi seeloknya guna yang sesuai dengan jenis kulit anda.

Toner

Toner berfungsi untuk mengimbangkan level pH kulit anda serta menghidrat kulit supaya lebih senang untuk menyerap produk yang lain. Anda boleh menggunakan kapas dan sapu muka anda secara perlahan-lahan atau menuang toner ke tangan dan menepuk toner pada bahagian muka secara perlahan-lahan.

Pelembap muka

 Eh, pelembap muka lagi? Jangan risau, walaupun muka anda akan rasa seperti sudah dibalut dengan produk seperti mummy, hasil yang akan didapati amat berbaloi. Orang Korea kata bahawa kita haruslah sentiasa melembapkan kulit kita, walaupun kulit kita jenis yang berminyak. Jika anda tidak boleh hidup tanpa air, anda rasa kulit anda boleh hidup tanpa air? Terdapat banyak jenis pelembap muka di pasaran. Jadi, carilah yang sesuai untuk kulit anda dan sapunya di muka serta leher pada waktu pagi dan juga malam.

Sunblock

Pada waktu siang, walaupun anda ke kelas atau berkerja di dalam bangunan, kita tetap akan terdedah kepada sinaran matahari yang boleh merosakkan kulit. Oleh kerana sinaran matahari di Malaysia tidak mengancam seperti di Korea, sunblock yang mempunyai SPF15 sudah cukup buat anda.

Sheet Mask

Sheet mask ibarat jiwa raga penjagaan kulit bagi orang Korea. Sheet mask kaya dengan essences yang baik untuk kulit seperti collagen atau ekstrak tumbuh-tumbuhan yang boleh membantu untuk memperbaharui kulit kita. Semasa anda menggunakan sheet mask, sesuai kalau nak berselfie atau membaca dan relax kerana disyorkan untuk dipakai selama 15-20 minit. Bukan itu sahaja, sheet mask ini mampu menjimatkan masa seseorang tanpa perlu membazir waktu, wang atau tenaga kerana perawatan kulit wajah ringkas ini boleh dilakukan sendiri di rumah.

Bagi anda yang ingin menggunakan Sheet mask yang sesuai dengan kulit, cubalah Garnier Skin Natural Serum Mask yang akan menjadikan kulit anda lembap.

Sekeping Garnier Skin Natural Serum Mask yang anda gunakan, bersamaan dengan satu minggu anda gunakan serum muka.

Lapisan sheet mask menggunakan tisu nipis yang mengandungi serum untuk menghidratkan kulit agar lebih lembut, licin, anjal dan sihat dalam masa 15 minit. Ia bertindak dengan memberi penghidratan serum yang berterusan terhadap kulit.

Kesegarannya yang mengagumkan membuatkan kulit berasa selesa dan juga lembut. Garnier Skin Natural Serum Mask dilengkapi dengan 3 variasi sheet mask yang mempunyai fungsi berbeza iaitu Garnier Skin Natural Serum Mask Light Complete, Garnier Skin Natural Serum Mask Sakura White dan Garnier Hydra Bomb Serum Mask.

Garnier Skin Natural Serum Mask Light Complete

Bagi anda yang inginkan kulit cerah, melembapkan kulit, mengurangkan kulit kusam dan memudarkan tompok hitam, gunakan ini untuk merawat kulit kusam yang menyebabkan wajah nampak tidak berseri. Dimana, ia mengandungi lemon, vitamin C dan hyaluronic acid serum. Semua bahan ini membantu untuk mencerahkan dan melembapkan kulit.

Garnier Skin Natural Serum Mask Sakura White

Tak semua orang nak kulit putih. Tetapi, mereka inginkan kulit glowing dan melembapkan baru nampak cantik. Untuk Serum Mask ini, ia mengandungi Japanese Sakura dan Hyaluronic Acid Serum.

Garnier Hydra Bomb Serum Mask


Bagi anda yang tinggal di tempat yang lembap atau bersuhu rendah, ini akan membuatkan kulit anda menjadi kering. Jadi apa kata anda gunakan Hydra Bomb Serum mask agar kulit sentiasa lembap.

Terdapat satu bahan utama yang membuatkan kulit anda lembap dan sihat dengan menggunakan Garnier Skin Natural Serum Mask ini, iaitu Hyaluronic Acid Serum.

Hyaluronic Acid Serum yang digunakan ini akan membuatkan kulit anda menjadi lembut dan membantu membaiki garis halus dan juga kedutan pada kulit muka.

Pasti anda semua dah tak sabar nak beli Garnier Skin Natural Mask ini kan? Jangan risau, harganya hanya RM7.50 dan cukup berbaloi untuk dimiliki oleh semua wanita yang inginkan kulit cantik, lembut dan berseri. Dan, yang paling penting, dijamin Halal.

Jagalah muka anda dari usia yang muda sebelum terlambat dengan menggunakan Garnier Serum Mask. Hanya RM7.50 sahaja, jimat waktu dan senang dipakai walaupun sedang sibuk.

 Apa lagi jom pergi beli, barulah muka sentiasa nampak cantik dan berseri.



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...