October 16th, 2017

Air adalah satu sumber yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. Selain dijadikan bahan minuman, air juga diperlukan untuk membasuh baju, mandi, basuh pinggan mangkuk, buat susu anak, basuh kereta dan macam-macam lagi. Untuk anda yang sudah berkeluarga atau mempunyai anak kecil yang suka main air (mandi sampai setengah jam dalam bilik air), sudah tentu kita mahu berjimat selagi boleh supaya tidak terkejut melihat bil air setiap bulan.

Dalam bab penjimatan air ini, yang bertanggungjawab sudah tentulah kaum wanita (terutamanya si ibu). Yang laki-laki nie diorang reti guna air je. Bab jimat memang fail. Jadi hari ini, khas untuk kaum Hawa di luar sana, Abang Nara nak kongsikan 5 tips mudah untuk kita menjimatkan air, sekaligus mengurangkan perbelanjaan dan membolehkan anda shopping dengan duit lebih tersebut.

1. Basuh baju dengan muatan penuh

(pastikan juga kucing anda tak pandai guna mesin basuh)

Kadangkala ada kaum Hawa yang terlebih rajin sampai baju kotor 2,3 helai pun dah nak masukkan dalam washing machine untuk dibasuh. Rileks dulu. Sabar. Simpan dulu baju kotor tue sampai betul-betul full untuk dibasuh dengan washing machine. 3 hari sekali basuh baju memang cantik. Jangan tetiap hari basuh. Membazir air.

2. Hanya flush selepas buang air besar

Bila kita buang air kecil, tak perlulah nak flush tandas tue. Isi baldi sehingga suku penuh dan jirus. Itu pun dah mencukupi. Setiap kali kita flush tandas, kita sebenarnya dah gunakan sebanyak 11 liter. Banyak kan? Kalau sehari buang air kecil 5 kali dan korang pam tandas tue, dah 55 liter. Ish, ish, ish. Membazir sangat-sangat tue.

3. Mandi tue jangan lama sangat

Selepas berkahwIn, satu tabiat wife tercinta yang Abang Nara perasan ialah dia kalau mandi memang lama. Boleh cecah 20 minit. Orang perempuan nie memang particular dan teliti apabila bab membersihkan badan ini. Tak boleh salahkan diorang jugak. Diorang mandi wangi-wangi untuk kaum Adam jugak kan?

Tapi untuk menjimatkan air, apa kata selepas ini anda potong separuh masa anda mandi di bilik air. Kalau selama ini mandi setengah jam, cuba kurangkan jadi 15 minit sahaja. Abang Nara yakin anda tetap akan kekal wangi, jelita dan menawan sambil boleh berjimat dalam penggunaan air.

4. Jangan guna air dari paip ketika basuh pinggan

(rajin dah rajin dah adik nie, teknik je salah)

Membasuh pinggan adalah satu usaha murni yang patut diterapkan kepada semua ahli keluarga kita. Lepas makan, kenalah pandai basuh pinggan masing-masing. Tapi kena guna teknik yang betul. Jangan guna air dari paip yang mengalir tanpa henti untuk membasuh pinggan. Sebaliknya sediakan satu besen berisi air. Ala yang macam kat kenduri-kenduri selalu kita nampak tue. Jimat pun jimat, mudah pun lagi mudah. Boleh basuh semua sekaligus.

(atau korang boleh penuhkan singki dengan air sebelum mula operasi membasuh pinggan)

5. Baiki paip yang bocor

Apabila kita nampak air menitis tanpa henti daripada paip, itu tandanya paip kita bocor. Tapi kadangkala kita buat bodoh je. Ala setakat menitis setitik dua macam tue, bukannya membazir apa pun. Ish, ish, ish. Sebenarnya bila korang tak baiki kebocoran ini, jumlah air yang menitis tersebut boleh mencecah 15 liter sehari. Tak ke banyak tue? Lain kali nampak je bocor, terus beritahu husband tercinta dan suruh dia baiki secepat mungkin. Selagi dia tak baiki suruh dia tidur luar. Hehehe…

BONUS: Bayar bil Indah Water anda

Last but not least, selain daripada membayar bil air, janganlah kita lupa untuk membayar bil Indah Water. Apa itu Indah Water? Ish, ish, ish. Indah Water inilah yang memastikan air di rumah kita selamat dan bersih untuk digunakan dalam aktiviti harian. Kerja-kerja yang dilakukan oleh Indah Water ini termasuk dalam kategori 3D (Dangerous, Dirty and Difficult). Tapi, setiap bulan caj yang dikenakan hanyalah RM8. Murah kan?

Apabila korang basuh baju, mandi, buang air besar/kecil, basuh kereta dan sebagainya, korang tak pernah ke terfikir apa yang jadi kepada air yang kotor tu?

Haaa! Meh Abang Nara educate korang sikit… air yang dah korang gunakan tu namanya air sisa or air kumbahan. Air ni memudaratkan sebab selain daripada kotor, ia juga mengandungi bahan toksik dan bakteria atau kuman yang membawa pelbagai penyakit. Air sisa ni mengalir melalui sistem perpaipan pembetungan di bawah kediaman kita terus ke loji-loji rawatan kumbahan yang diuruskan oleh Indah Water atau IWK.

Indah Water akan merawat atau membersihkan kembali air sisa ini untuk digunakan semula. Banyak proses yang terlibat dalam rawatan air sisa yang dijalankan di loji-loji tu. Cer tengok sendiri diagram kat bawah tu haa…

Ni diagram yang Abang Nara pinjam dari laman web IWK… Thank you IWK!

Cuba tengok perbandingan dalam gambar kat bawah ni. Sebelah kiri tu adalah air sisa yang mengalir keluar daripada rumah kita. Sebelah kanan tu pula air yang dah dirawat oleh loji-loji Indah Water yang dilepaskan semula ke dalam perairan kita. Berbeza kan?!

Setiap hari, rakyat Malaysia menghasilkan sebanyak 5 juta meter3 air sisa sehari. Korang ingat sikit ke tu?! Boleh penuhkan 2,000 kolam renang bersaiz Olimpik tu!.. Indah Waterlah yang bertanggungjawab untuk menapis, membersih dan memproses kembali air kumbahan tu. Lepas ni korang kena hargai Indah Water sebab bayangkanlah kalau diaorang takde. Sanggup ke korang uruskan sendiri air yang kotor tu?

Jadi, kalau anda ingin terus mendapat bekalan air yang bersih secara “direct” ke rumah anda, jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan membayar RM8 sebulan kepada Indah Water. Hargailah usaha mereka untuk merawat air sisa kita dan memulihara sumber air negara. Semuanya demi keselesaan dan kemudahan seluruh rakyat Malaysia.

Terima kasih Indah Water atas penat lelah dan usaha anda selama ini!

Maklumat lanjut layari Indah Water Konsortium Sdn Bhd


Comments are closed.

Loading...