October 5th, 2016

Melahirkan anak adalah satu perkara yang dinanti-nantikan oleh kaum Hawa. Kegembiraan memperolehi cahaya mata sendiri memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Namun selepas bersalin, bermulalah proses untuk mendapatkan semula bentuk badan asal.

 photo 1_3.jpg

bahagian perut terutamanya perlu diberi lebih perhatian kerana banyak lemak terhasil ketika mengandung

Jadi hari ini Abang Nara nak kongsikan 5 tips mendapatkan kembali badan langsing selepas bersalin daripada selebriti tanah air. Antaranya:-

1. Makan buah sebelum makan

Tips ini dikongsikan oleh Lisa Surihani yang telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 11 kilogram. Selalunya kita makan buah sebagai dessert, tetapi menurut Lisa, buah perlu dimakan sebelum kita menjamah hidangan utama. Tips yang amat mudah dan amat senang untuk diamalkan.

 photo 2_3.jpg

2. Tidak makan nasi

Ini satu teknik yang agak sukar diamalkan oleh orang kita yang memang ketagih nasi. Namun ia terbukti berkesan kerana telah pun diamalkan oleh Diana Danielle. Tengoklah badan Diana Danielle macam mana sekarang ini. Macam anak dara. Serius cantik sangat-sangat.

 photo 3_3.jpg

3. Tak terlepas sarapan pagi

Ini tips yang sangat penting dan sering kali diabaikan. Sarapan pagi sememangnya tidak boleh terlupa untuk diambil. Ia sangat penting untuk menjana tenaga kita untuk aktiviti sepanjang hari. Tips ini telah dikongsikan oleh Che Ta, yang telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 17 kilogram selepas bersalin. Power sungguh!!

 photo 4_3.jpg

4. Minum air kosong pada awal pagi

Tips dari Ziana Zain ini memang Abang Nara amalkan. Selepas bangun pagi, tanpa gosok gigi, Abang Nara akan terus ke dapur dan minum segelas air kosong. Kumur kumur sikit mulut itu. Sebelum minum itu bacalah selawat 3 kali untuk mendapat keberkatan. Daripada apa yang Abang Nara baca, amalan ini dapat membersihkan perut kita dan tidak memberi kejutan kepada perut pada awal pagi..

 photo 5_1.jpg

5. Banyakkan bersenam

Hampir kesemua selebriti yang berjaya mendapatkan badan langsing selepas bersalin berkongsi tips “bersenam” ini. Ia memang sukar dilakukan, lebih-lebih lagi jika anda sibuk menjaga anak, namun hasilnya memang cukup berkesan. Sehari kalau boleh bersenam selama setengah jam pun dah cukup. Tak perlu lama-lama. Yang penting keluarkan peluh. Antara selebriti yang mengamalkan senaman ialah Sari Yanti, Lisa Surihani dan juga Diana Danielle.

Amalan hidup sihat ini seharusnya dikekalkan sepanjang masa dan bukannya hanya selepas bersalin sahaja. Banyak lagi tips-tips yang boleh dibaca dan dipelajari di Internet. Yang menariknya, jika kita memilih untuk mengamalkan gaya hidup sihat, AIA Vitality akan memberikan kita ganjaran. First time dengar kan? Macam best je konsep AIA Vitality yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia ini.

 photo GG_AIA_Vitality_Running_H2_12.jpg

Adakah anda sudah bersedia untuk hidup lebih sihat? Dengan setiap aktiviti atau keputusan yang memberikan kesihatan kepada tubuh badan anda, AIA Vitality akan memberikan points. Makin banyak points yang anda terima, makin tinggilah status AIA Vitality anda. Itu bermakna makin banyaklah hadiah-hadiah best yang boleh anda tebus. Contohnya:-

Jalan kaki 10,000 langkah setiap petang? Dapat points.

Pergi gimnasium seminggu 3 kali? Pun dapat points.

Pergi lari marathon hujung minggu? Points lagi dan lagi

Buat medical check up? Confirm dapat point jugak.

 photo 7_1.jpg

Ushar video AIA Vitality di bawah untuk memudahkan pemahaman anda.

Ganjaran sebegini oleh AIA Vitality sudah tentu amat awesome untuk mereka yang memang mementingkan kesihatan. Jadi kini anda ada sebab untuk sentiasa sihat. Maklumat lanjut layari AIA Vitality dan juga LIKE Facebook AIA Malaysia. Selamat sihat dan selamat mendapat ganjaran.


Comments are closed.

Loading...