Melahirkan anak adalah satu perkara yang dinanti-nantikan oleh kaum Hawa. Kegembiraan memperolehi cahaya mata sendiri memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Namun selepas bersalin, bermulalah proses untuk mendapatkan semula bentuk badan asal.
Jadi hari ini Abang Nara nak kongsikan 5 tips mendapatkan kembali badan langsing selepas bersalin daripada selebriti tanah air. Antaranya:-
Tips ini dikongsikan oleh Lisa Surihani yang telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 11 kilogram. Selalunya kita makan buah sebagai dessert, tetapi menurut Lisa, buah perlu dimakan sebelum kita menjamah hidangan utama. Tips yang amat mudah dan amat senang untuk diamalkan.
Ini satu teknik yang agak sukar diamalkan oleh orang kita yang memang ketagih nasi. Namun ia terbukti berkesan kerana telah pun diamalkan oleh Diana Danielle. Tengoklah badan Diana Danielle macam mana sekarang ini. Macam anak dara. Serius cantik sangat-sangat.
Ini tips yang sangat penting dan sering kali diabaikan. Sarapan pagi sememangnya tidak boleh terlupa untuk diambil. Ia sangat penting untuk menjana tenaga kita untuk aktiviti sepanjang hari. Tips ini telah dikongsikan oleh Che Ta, yang telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 17 kilogram selepas bersalin. Power sungguh!!
4. Minum air kosong pada awal pagi
Tips dari Ziana Zain ini memang Abang Nara amalkan. Selepas bangun pagi, tanpa gosok gigi, Abang Nara akan terus ke dapur dan minum segelas air kosong. Kumur kumur sikit mulut itu. Sebelum minum itu bacalah selawat 3 kali untuk mendapat keberkatan. Daripada apa yang Abang Nara baca, amalan ini dapat membersihkan perut kita dan tidak memberi kejutan kepada perut pada awal pagi..
Hampir kesemua selebriti yang berjaya mendapatkan badan langsing selepas bersalin berkongsi tips “bersenam†ini. Ia memang sukar dilakukan, lebih-lebih lagi jika anda sibuk menjaga anak, namun hasilnya memang cukup berkesan. Sehari kalau boleh bersenam selama setengah jam pun dah cukup. Tak perlu lama-lama. Yang penting keluarkan peluh. Antara selebriti yang mengamalkan senaman ialah Sari Yanti, Lisa Surihani dan juga Diana Danielle.
Amalan hidup sihat ini seharusnya dikekalkan sepanjang masa dan bukannya hanya selepas bersalin sahaja. Banyak lagi tips-tips yang boleh dibaca dan dipelajari di Internet. Yang menariknya, jika kita memilih untuk mengamalkan gaya hidup sihat, AIA Vitality akan memberikan kita ganjaran. First time dengar kan? Macam best je konsep AIA Vitality yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia ini.
Adakah anda sudah bersedia untuk hidup lebih sihat? Dengan setiap aktiviti atau keputusan yang memberikan kesihatan kepada tubuh badan anda, AIA Vitality akan memberikan points. Makin banyak points yang anda terima, makin tinggilah status AIA Vitality anda. Itu bermakna makin banyaklah hadiah-hadiah best yang boleh anda tebus. Contohnya:-
Jalan kaki 10,000 langkah setiap petang? Dapat points.
Pergi gimnasium seminggu 3 kali? Pun dapat points.
Pergi lari marathon hujung minggu? Points lagi dan lagi
Buat medical check up? Confirm dapat point jugak.
Ushar video AIA Vitality di bawah untuk memudahkan pemahaman anda.
Ganjaran sebegini oleh AIA Vitality sudah tentu amat awesome untuk mereka yang memang mementingkan kesihatan. Jadi kini anda ada sebab untuk sentiasa sihat. Maklumat lanjut layari AIA Vitality dan juga LIKE Facebook AIA Malaysia. Selamat sihat dan selamat mendapat ganjaran.