5 Tips Penting Untuk Anda Yang Pertama Kali ke Amritsar, India.

Hiburan

5 Tips Penting Untuk Anda Yang Pertama Kali ke Amritsar, India.
image

kredit – Shiilong Times

India sememangnya terkenal dengan filem Bollywood, rempah ratus, dan Taj Mahal. Tetapi sebenarnya banyak lagi keindahan india yang ramai masih tidak tahu.
Salah satu lokasi menarik untuk anda terokai ialah Amritsar. Sebuah bandar yang terletak di barat laut India dan merupakan sempadan antara India dan Pakistan.

image

Advertisement

Untuk anda yang pertama kali ke Amritsar, ada beberapa perkara yang anda perlu ambil berat sebelum memulakan pengembaran ke bumi Punjab ini.

Permohonan Visa

image

Seperti yang anda semua tahu, anda perlu memohon visa untuk masuk ke India kerana negara ini tidak tersenarai sebagai 153 negara tanpa visa untuk pemegang passport Malaysia. Tetapi jangan risau kerana anda tidak lagi perlu bersusah payah untuk ke kedutaan dan memohon visa. Semuanya boleh dilakukan secara atas talian. Sangat mudah!

Apa tu e-visa?

E-visa ialah pemohonn visa secara atas talian untuk kunjungan kasual dan jangka pendek ke India. Visa ini hanya boleh digunakan sebanyak 2 kali dalam masa setahun.
Tak semua lapangan terbang di India boleh menggunakan e-visa dan lapangan terbang yang boleh menerima pelawat dengan e-visa ialah Ahmedabad, Amritsar, Bengaluru, Chennai, Cochin, Delhi, Gaya, Goa, Hyderabad, Jaipur, Kolkata, Lucknow, Mumbai, Tiruchirapalli, Trivandrum & Varanasi.

Bagaimana untuk mohon e-visa?

image

Anda boleh apply di indianvisaonline.gov.in atau untuk lebih penjimatan anda boleh mohon di https://apply.oevisa.com dan anda akan dapat disakun sebanyak USD 5 dan hanya perlu bayar sebanyak USD 15 untuk yuran pemprosesan visa. Anda boleh mohon sekurang-kurangnya 4 hari sebelum tarikh penerbangan ke India. Bayaran untuk e-visa boleh dibuat melalui kad kredit atau kad debit.

Waktu terbaik meneroka Amritsar

bp40

Waktu terbaik ke Amritsar ialah pada bulan Oktober sehingga Mac kerana keaadaan cuaca dan suhu yang elok di antara 20 hingga 30 darjah celsius. Anda akan rasa lebih selesa untuk mengembara dan melakukan pelbagai aktiviti pada waktu ini. Tetapi jika anda inginkan pengalaman unik, anda boleh melawat Amritsar pada bulan April hingga mei kerana pada waktu ini terdapat satu festival musim panas yang menarik dan anda akan dihidangkan dengan pelbagai jenis tarian dan persembahan tradisional jalanan oleh warga tempatan. Pasti menjadai satu pengalaman paling berharga untuk anda.

Jangan ambil gambar sesuka hati

image

Penduduk India memang sangat mesra dan peramah tetapi mereka sebenarnya ‘pemalu’. Dalam budaya mereka mengambil gambar tanpa kebenaran dianggap biadap terutamanya gambar wanita. Jadi jika ingin ‘selfie’ atau ingin mengabadikan gambar portrait mereka, boleh minta kebenaran dahulu ya.

Uruskan wang dengan cermat

image

Seperti yang anda tahu, matawang India ialah rupee dan megikut pertukaran sekarang, RM 1 bersamaan 17 rupee. India memang merupakan destinasi percutian yang murah jika dibandingkan dengan negara barat tetapi anda perlu ingat, murah tak bermaksud percuma! Hampir semua servis atau aktiviti di sana mungkin memerlukan anda mengeluarkan wang ekstra seperti pengangkutan dan bayaran masuk ke sesuatu tempat. Jadi rancang bajet anda dengan cermat.

Tips penting!

– Bayar barangan yang anda beli dengan nilai yang tepat kerana jika anda bayar lebih, kemungkinan anda tidak dapat kembali duit baki.
– Simpan duit anda dengan selamat seperti memakai “money belt” supaya duit anda tak terkeluar dan dapat elak dari kejadian ragut.
– Jika takut untuk membawa wang yang banyak, kad kredit diterima di kebanyakkan tempat di India.

Pengangkutan

bus

kredit – Urban Adventures

Antara pengangkutan utama di Amritsar ialah auto-rickshaw dan cycle-rickshaw yang bentuknya seperti tuktuk di Thailand. Selain itu bas juga menjadi pengangkutan terpenting tetapi biasanya keadaan dalam bas akan menjadi sangat sesak. Jadi anda di nasihatkan supaya memilih teksi atau rickshaw untuk meneroka bandar suci untuk kaum sikh ini.
Bukan sahaja tips, kami juga ingin kongsikan 5 lokasi yang wajib anda kunjungi di Amritsar.

Golden Temple

temple

Kunjungan anda tidak akan lengkap jika tidak berkunjung ke Golden Temple. Merupakan tempat suci untuk penganut agama sikh, seluruh kubah kuil ni diperbuat daripada emas tulen yang menyerlahkan lagi keindahannya. Bukan hanya sebuah kuil biasa, Golden Temple merupakan sebahagian daripada kompleks besar di mana terletaknya pusat kajian, perpustakaan dan muzium.

Wagah Border Crossing

image

Wagah merupakan sempadan antara India dan Pakistan. Dikenali sebagai ‘Dinding Berlin Asia”, terdapat satu upacara menatik yang akan berlangsung padat setiap hari di sini. Upacara “beating retreat” akan diadakan sebelum matahari terbenam dan belangsung selama 30 minit. Askar dari kedua-dua negara akan berjumpa dan melakukan “military showmanship” iaitu pergerakan seperti kawad kaki yang snagat unik. Tujuan upacara ini ialah untuk penutupan sempadan di waktu malam dan menurunkan bendera.

Hall Baazar

Hall-_Bazaar-_Amritsar

Suka membeli-belah? Jika ya, jadi anda wajib ke singgah di Hall Baazar. Merupakan pusat sehenti untuk membeli pelbagai keperluan, anda boleh mendapatkan pelbagai barangan seperti buku, barangan elektrik, hasil kraf dan baju. Biasanya pelancong datang ke sini untuk mendapatkan cenderamata berkualiti dan eklusif hasil kerja tangan warga tempatan.

Sadda Pind

image

kredit – Agoda

Sadda Pind membawa anda kembali menyusuri sejarah negeri punjab. Membawa konsep perkampungan tradisional Punjab dengan binaan rumah-rumah yang diperbuat daripada tanah liat pasti menarik perhatian semua yang berkunjung di sini. Muzium perkampungan budaya sebesar 12 ekar ini menawarkan pengalaman budaya dan warna-warni Amritsar.

Jallianwala Bagh

image

Sebuah taman di Amritsar yang dipenuhi dengan tugu untuk memperingati satu peristiwa pembunuhan beramai-ramai ketika perayaan ‘Baisakhi’, salah satu perayaan agama terbesar Punjab, lima puluh askar India atas arahan Tentera Darat British, mula menembak orang ramai dalam perhimpunan tersebut termasuk wanita dan kanak-kanak. Anda pasti dapat merasai kesedihan di sebalik peritiwa ini jika menjejakkan kaki di Jallianwala Bagh.

Jadi sudah bersedia untuk memulakan pengembaraan ke Amritsar?

Terbang ke Amritsar menjadi lebih mudah dengan Air Asia. Menyediakan penerbangan murah dan selesa terus dari Kuala Lumpur ke Amritsar sebanyak empat kali seminggu,iaitu pada hari Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad. Kami pasti, anda pasti tidak sabar untuk meneroka ke setiap pelusuk dan menghayati budaya di bandar ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...