5 Tips Nak Lembutkan Daging Tanpa Rebus Lama, Mudah Dan Senang!

Makanan

5 Tips Nak Lembutkan Daging Tanpa Rebus Lama, Mudah Dan Senang!

Segelintir kaum wanita mesti pernah mengalami masalah daging liat ketika memasak dan sudah pasti kalau daging dah liat susah untuk dimakan.

Antara cara yang popular untuk membuatkan daging lembu menjadi empuk ialah dengan memotong lawan urat daging. Namun, kadangkala cara seperti ini tidak menjadi oleh segelintir individu. Cara lain juga ialah dengan merebus daging tetapi cara ini akan mengambil masa yang lama.

Advertisement

Jadi, terdapat cara lain yang mudah dan senang untuk korang cuba lembutkan daging tanpa merebusnya dengan lama.

1. Cuka

tips lembutkan daging

Letak sedikit cuka makan ke dalam perapan sebelum memasak atau rebusan daging. Bahan-bahan asid dipercayai boleh membantu melembutkan daging.

tips lembutkan daging

Selain cuka, korang juga boleh gunakan bahan berasid yang lain seperti lemon atau limau nipis dengan menggunakan kaedah yang sama.

2. Baking soda

tips lembutkan daging

Cara untuk melembutkan daging dengan menggunakan baking soda ialah korang hanya perlu perap daging dengan bahan tersebut lebih kurang dalam 15 minit dan bilas daging sebelum memasak.

3. Kurma

tips lembutkan daging

Korang boleh rebus daging dengan 4-5 biji kurma untuk melembutkan daging. Tapi perlu diingat kalau korang dah rebus daging dengan buah kurma, sup daging akan menjadi manis jadi bagi sesiapa yang tak mahu ada rasa kurma dalam masakan, korang boleh guna bijinya saja.

4. Meat mallet atau pengetuk daging

tips lembutkan daging

Cara ini mungkin sedikit berbeza daripada yang sebelumnya dimana dengan menggunakan bahan dapur ataupun makanan. Pengetuk daging ialah salah satu peralatan yang khusus untuk melembutkan daging.

Jadi, kalau korang guna teknik ini daging bukan saja senang dipotong malah ianya juga mudah untuk dimakan.

5. Sudu

tips lembutkan daging

Kelihatan cara ini agak pelik tapi cara ini lah yang paling mudah dan banyak digunakan untuk membuatkan daging menjadi empuk.

Caranya dengan rebus daging bersama sudu atau garfu besi. Kaedah ini dipercayai dapat meningkatkan suhu air rebusan dalam periuk.

Semoga dengan cara seperti ini dapat bantu korang semua untuk menyiapkan menu makanan berasaskan daging. Selamat mencuba!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...