Bilik tidur merupakan tempat untuk kita beristirehat dan melakukan pelbagai aktiviti. Oleh itu, penting sebenarnya untuk kita menitikberatkan penjagaan bilik ni, tidak kira bilik yang sempit atau luas, semuanya boleh dihias! jom kita tengok tips dibawah.
1. Gunakan warna pastel.
Kebanyakan rumah mempunyai warna asal dinding iaitu warna putih. Walaupun putih membantu memberikan ilusi ruang nampak luas dan besar, tetapi ia masih nampak bosan dan tidak menarik. Sebaliknya, pelbagaikan dengan hiasan warna pastel.
2. Perabot dan Tempat Penyimpan
Ada yang beranggapan bilik yang kecil memerlukan perabot kecil juga bagi memberi ilusi supaya bilik tidur nampak besar. Sebenarnya tidak, jika perabot kecil akan menampakkan lagi bilik itu bertambah sesak. Oleh itu, cuba dapatkan perabot yang lebih besar. Barulah style.
3. Cermin
Cermin adalah satu medium yang memberikan ilusi keluasan pada ruang. Selain boleh dipasang di sebelah dinding katil, boleh juga gunakan cermin berkaki atau membeli almari pakaian yang tersedia cermin di daun pintunya. Tambahan, cermin di meja solek juga membantu.
4. Pencahayaan
Gunakan secara maksimum cahaya semula jadi melalui tingkap bilik tidur anda. Elakkan perabot yang menghalang terus cahaya berkenaan. Sebaiknya, gunakan blinds atau sheer berbanding langsir jika bilik tidur kurang cahaya matahari masuk.
Pun begitu, jika cahaya lampu siling tidak menerangi secukupnya bilik tidur, tambahkan lampu meja dan lampu lantai. Gunakan teknik pantulan cahaya dengan lampu lantai menerangi siling bilik kesannya pasti lebih menarik.
5. Aksesori
Dekorasi Aksesori dekorasi jenis kemasan cermin, pasu atau ‘stainless steel’ membantu memberikan ruang nampak eksklusif dan luas kesan pantulan dan sinaran barang berkenaan. haa, mesti seronok sahaja bila melihat aksesori ini.
Diharap tips ini dapat digunapakai buat sesiapa yang nak menghias bilik nanti, mudah dan ringkas kan? tiada lagi alasan bilik sempit. Selamat mencuba!