5 Tips Balik Kampung Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Dengar

Hiburan

5 Tips Balik Kampung Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Dengar

Amboi, amboi, amboi. Excitednya muka tue. Mentang-mentanglah minggu depan dah nak raya dah. Mesti semua dah apply cuti untuk balik kampung kan? Dapat berjumpa sanak saudara, berborak sambil makan kuih, bersalam-salaman di pagi raya, kacau dodol, main bunga api dan macam-macam lagi lah. Orang kata raya kalau tak balik kampung memang bukan rayalah.

uforlife

lagu feveret Abang Nara sempena hari raya

Abang Nara tahun ini giliran kampung isteri di Jasin, Melaka. Kemungkinan besar kami akan pulang pada hari Rabu malam. Harap-harap tak jem lagi masa tue. Apa pun, sebelum balik kampung, wife Abang Nara awal-awal lagi dah pesan supaya tak lupa lakukan 5 perkara WAJIB ini:-

Advertisement

1. Hantar kereta pergi servis

Ini penting lebih-lebih lagi apabila lebuhraya PLUS dijangkakan akan sesak teruk seperti biasa tahun ini. Minyak hitam kena tukar, tayar kena check ada bunga lagi ke tak, balancing dan alignment pun kena buat. Taknaklah tiba-tiba enjin kereta mati atau tayar pecah di tengah-tengah highway. Boleh spoil mood nak beraya kalau jadi macam itu.

2. Tukar duit raya
uforlifeYang ini Abang Nara dah setelkan awal-awal (minta tolong bapa mertua). Kalau korang hari ini baru nak tukar, jangan haraplah pihak bank nak layan. Duit pun dah habis kot. Tahun ini disebabkan GST dan kenaikan harga barang, bajet duit raya berkurangan sedikit. RM1 ke, RM5 ke, RM10 ke itu semua tak penting. Yang penting hati kena ikhlas.

3. Pastikan alarm keselamatan rumah berfungsi

Di kala kita bergembira berhari raya di kampung, kadangkala ada orang yang tak berapa baik ini akan cuba mengambil kesempatan ketiadaan kita di rumah. Pecah masuk memang dah jadi norma setiap kali musim perayaan. Tak ke sedih balik-balik kampung je tengok semua barang dalam rumah dah lesap? Jadi selain memastikan alarm keselamatan rumah berfungsi, Abang Nara juga maklumkan kepada polis serta jiran-jiran yang kitaorang tak ada di rumah ketika Hari Raya ini. Sekurang-kurangnya diorang boleh inform kalau ada sesuatu yang mencurigakan.

4. Pastikan susu serta lampin anak mencukupi

Ini adalah satu persediaan yang tak pernah Abang Nara terfikir tetapi tahun lepas memang terjadi kepada Abang Nara. Huru-hara dibuatnya pusing satu Jasin nak mencari susu formula Aariz. Semua kedai tak ada stok. Yang Aariz pulak memang jenis minum satu jenama susu je. Tak ke pening? Jadi untuk peristiwa hitam ini tidak berulang, kami dah beli stok secukupnya untuk seminggu. Hehehe.

5. Dapatkan insurans hayat
uforlife Malang memang tidak berbau ketika pulang ke kampung. Selain daripada berdoa agar perjalanan dipermudahkan, Abang Nara sekeluarga memang mengambil insurans hayat untuk ketenangan minda. Sekurang-kurangnya kalau jadi apa-apa, tak adalah risau sangat bab kewangan. Sekarang ini nak beli insurans dah senang sangat-sangat. Insurans UForLife boleh dibeli secara online di www.uforlife.com.my. 10 minit pun tak sampai. Jawab beberapa soalan dan diri anda kini sudah pun mendapat perlindungan insurans hayat daripada UForLife.

Amcam tips-tips balik kampung Abang Nara? Unik kan? Kongsikan juga apa yang korang selalu lakukan sebelum pulang ke kampung. Mana tahu ada idea-idea yang lebih menarik dan bermanfaat. Apa pun, Abang Nara nak ucapkan, selamat pulang ke kampung dan berhati-hati di jalan raya. Jangan bawa kereta laju laju sangat. INgatlah orang tersayang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...