Rahsia muka bumi ni terlalu banyak sebenar. Biarpun manusia silih berganti cuba menerokai sejenak pelusuk dunia demi mengkaji keajaiban alam,tetapi pasti ada yang mereka tidak mampu capai.
Rahsia alam terlalu banyak dan luas. Malah sangat unik dan di luar imaginasi kita. Antara 5 tempat aneh di bawah ini sebenarnya wujud di dunia dan bukan hasil editing gambar.
Jom baca lebih lanjut mengenai 5 tempat aneh ini.
1. Tanah 7 warna di Chamarel, Mauritius.
Kalau sekali pandang mesti anda fikir ianya hasil editing.Tetapi sebenarnya kawasan ini memang benar-benar wujud.
Terletak di Mauritius,fenomena tanah 7 warna ini menyebabkan kawasan ini dipenuhi ramai orang.
Kawasan yang hanya berkeluasan 7,500 kaki persegi itu terdiri daripada tanah berpasir yang berwarna merah, coklat, ungu, hijau, biru, kuning dan hitam.
Tanah yang mempunyai perbezaan warna itu dipercayai akibat pencairan batu daripada gunung berapi yang telah menyejuk pada suhu yang luar biasa. Indah dan besar betul ciptaan Tuhan ini.
Walaupun hadir pada skala kecil, namun fenomena itu dianggap luar biasa sehingga mampu menarik ramai pengungjung ke Chamarel.
Sehingga kini, puncanya masih belum diberitahu dengan begitu jelas, tetapi apa yang pasti ia adalah kejadian yang dianugerahkan kepada kawasan berkenaan.
2. Cueva De Las Cristales, Mexico.
GUA Kristal adalah sebuah gua yang menghubungkan dengan Lombong Naica terletak di Chihuahua, Mexico.
Ruang utama gua mengandungi kristal selenite terbesar yang pernah ditemui. Kristal palingbesar pernah dijumpai di gua ini adalah berukuran 12 meter panjang dan 4 meter lebar dengan berat mencapai lebih 55 tan.
Disebabkan suhu gua yang sangat panas mencecah sehingga 58 darjah celcius dengan 90 hingga 99 peratus kelembapan, ia menjadi antara faktor utama mengapa gua ini belum diterokai sehingga kini.
Meskipun gua ini telah terbentuk sejak ribuan tahun lalu, namun ia hanya ditemui pada tahun 2000 oleh sebuah syarikat perlombongan Mexico, Penoles, ketika kerja-kerja menggali terowong dilakukan.
Pada tahun Februari 2011, sebuah program Discovery Channel berjudul Naica: Beyond The Crystal Cave telah diterbitkan.
Difahamkan, gua ini hanya boleh dilawati di bawah pengurusan profesional sahaja
3. Spotted Lake, Osoyoos, Kanada.
SPOTTED Lake atau tasik bertompok adalah tasik air masin yang terletak di barat laut Osoyoos di British Colombia.
Tasik ini mengandungi pelbagai mineral yang berlainan. Ia mengandungi magnesium sulfat, kalsium dan natrium sulfat (antara kuantiti terbesar di dunia).
Ia juga mengandungi lapan mineral lain juga mengandungi kepekatan yang tinggi dan juga beberapa dos kecil empat mineral yang lain seperti perak dan titanium.
Menurut laporan Mail Online, kebanyakan air tasik menyejat dengan kadar yang lebih banyak di musim panas, meninggalkan semua mineral.
Tompokan atau Spots yang muncul di tasik bergantung kepada komposisi mineral yang ada pada masa itu.
Spots akan muncul dengan warna berlainan kerana mengandungi magnesium sulfat yang akan menjadi seakan-akan kristal pada musim panas.
Pada musim panas, hanya mineral dalam tasik yang akan kekal menjadi keras yang membentuk laluan semula jadi di sekitar antara kawasan tasik.
4. Tasik Kelimutu, Indonesia.
BAGI travellers dan backpackers yang sudah mengunjungi Kepulauan Flores, di Indonesia, nama Kelimutu pasti bukan lagi suatu nama yang asing bagi mereka.
Nama Kelimutu itu sendiri berasal dari ‘keli’ yang bermaksud ‘gunung’ dan ‘mutu’ bermakna ‘mendidih’.
Dikelilingi flora dan fauna yang indah, Kelimutu adalah gunung berapi berhampiran bandar kecil Moni di pusat Pulau Flores.
Tasik Kelimutu yang mempunyai panorama indah kini menjadi tempat tarikan pelancong yang popular.
Pengunjung yang berpeluang ke Kelimutu pasti tidak melepaskan peluang untuk bergambar di ketiga tasik berlainan warna ini.
Mengandungi tiga tasik kawah dengan tiga warna berbeza, Kelimutu menjadi destinasi pelancongan wajib bagi sesiapa sahaja yang berkunjung ke Flores.
Tidak seperti tasik-tasik yang lain, tasik di Kelimutu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
Keunikan tasik Kelimutu ini adalah air dari ketiga tasik yang mampu berubah warna dalam satu-satu masa.
Tasik Tiwu Ata Mbupu atau lebih dikenali sebagai Danau Orang Tua biasanya berwarna biru dan merupakan paling barat antara ketiga tasik yang terdapat di puncak Kelimutu.
Dua lagi tasik, Tiwu Nuwa Muri Koo Fai dan Tiwu Ata Polo dipisahkan oleh dinding kawah dan biasanya masing-masing berwarna hijau dan merah.
Warna tasik juga boleh berubah dan bertukar ke warna hijau dan hijau kehitaman berubah dari masa ke semasa.
Difahamkan, ia berlaku disebabkan oleh aktiviti gunung berapi yang bermula dari berjuta-juta tahun yang lalu.
Masyarakat tempatan menganggap tasik-tasik ini tempat yang suci sebagai kediaman roh-roh orang mati.
5. Crystal Cave of Svmnafellsjvkull, Iceland
Gua kristal yang terletak di Iceland ini menyimpan 1001 keunikannya yang tersendiri.Meliputi 2,884 batu persegi, termasuk gunung Kristinartindar, lembah Morsardalur, dan air terjun Svartifoss 40 kaki.
Imej landskap sangat mirip dengan bahagian Alps, tetapi keindahan Iceland memiliki kemewahan yang telah terbentuk oleh pengaruh api dan air yang berbeza kerana kehadiran gunung berapi dan glasier.
Lokasi ini tidak akan pernah mengecewakan para pelancong yang bertandang ke sini.
Mungkin 5 lokasi aneh di atas boleh dijadikan ‘next list’ tempat travel terbaru anda. Barulah rare ambil gambar cantik-cantik dan post di FB.
Selamat mencuba!