Perasan tak kalau kita suruh anak buat apa pun, pasti si anak akan ikut je perintah mak ayahnya. Samaada ikut kerana takut ataupun ikut kerana kita ada seni dan teknik yang positif untuk disiplinkan si dia.
Memetik perkongsian dari Taufiq Razif, beliau telah kongsikan 5 teknik bagaimana nak buatkan anak ikut perintah kita dengan cara yang positif.
Jom baca..
#1 – Konsisten
Anak-anak ni akan tahu ikut cakap kita kalau dia tahu kita ni jenis yang tetap pendirian. Kalau kita cakap A, maka kita memang nak A. Bila kita jenis tak tegas dan jenis mudah berubah pendirian, waktu tu la anak akan berharap yang kita akhirnya akan cair dengan mereka
#2 – Tenang
Masa kita bagi arahan pada anak kita tu pastikan kawalan emosi kita berada pada tahap yang terbaik. Sebab tu bebel ni tak mampu membuatkan anak kita patuh sebab emosi kita masa tu sangat tak stabil dan ingat, anak boleh hidu emosi negatif dalam diri kita!
#3 – Arahan kena pendek dan jelas
Ada mak ayah ni kalau suruh anak mandi pun dia boleh bagi sampai 3-5 arahan sekaligus. “Adik lepasni mandi, pastu gosok gigi. Gosok gigi elok-elok jangan tumpah ubat gigi, jangan pakai sabun banyak sangat “.
Akhirnya anak sendiri pun konfius nak ikut yang mana satu. Bagi arahan tu biar jelas dan satu persatu. Otak si anak tak mampu nak proses banyak sangat arahan dalam satu-satu masa.
#4 – Cepat
Kalau anak buat salah cepat-cepat tegur dan tunjukkan cara yang betul. Jangan tunggu 2 – 3 jam lepastu baru nak cakap yang perbuatan dia tu salah. Waktu tu anak dah lupa dah kesalahan dia.
#5 – Puji
Bila anak buat baik dan benda yang kita suka terus je puji. Barulah anak tu akan ketagih nak buat benda baik tu lagi. Kalau ikut kajian tentang ‘reward and punishment theory’. Reward tu lebih berkesan untuk memotivasikan anak kecil. Pujian ibubapa lah sebenarnya reward yang paling berharga pada otak anak-anak kita!
InsyaAllah kalau boleh amal 5 benda ni, perlahan lahan kita akan nampak perubahan positif pada perangai anak-anak. Amal sekarang ye dan tolong suruh pasangan kita amal ilmu ni bersama sama kita.