July 27th, 2017

Memiliki premis makanan (tak kiralah restoran ke, kedai mamak ke, kafeteria ke, foodtruck ke) bukanlah satu perkara yang mudah. Setiap hari kita berdoa agar premis kita dikunjungi ramai orang agar perniagaan kita laris, sekaligus boleh mendapat keuntungan.

bess kkm

kalau tetiap hari orang beratur macam nie kat restoran kita memang boleh tarik nafas lega

Khas untuk para peniaga, para pengusaha premis makanan, Abang Nara nak kongsikan 5 teknik mudah agar restoran anda menjadi pilihan ramai. Teknik-tekniknya ialah:-

1. Kena ada sekurang-sekurang satu menu “special”

bess

Dalam banyak-banyak pilihan makanan yang kita tawarkan kepada pengunjung, sekurang-kurangnya kena ada satu menu yang “special” dan sinonim dengan premis makanan kita. Biar sampai tahap bila nama restoran kita disebut, orang akan cakap “ooo yang ada nasi lemak ayam sedap tue ye”. Sampai orang gian dan kembali berulang kali semata-mata nak makan menu “special” itu sebab diorang tahu kat situlah tempat terbaik untuk menikmatinya.

2.Servis kena pantas

bess

Salah satu sebab rakyat Malaysia suka makan di kedai mamak ialah kepantasan servis yang diberi. Jadi premis makanan anda pun kenalah sediakan servis yang laju. Pengunjung duduk je terus datang ambil order. Makanan pulak kalau boleh disiapkan dalam masa 10 minit. Jangan biar mereka tertunggu-tunggu. Habis makan je meja terus dikemas. Laju, pantas dan tuntas.

3. Dapat pengiktirafan BeSS

Bess (Bersih, Selamat dan Sihat) ini adalah satu inisiatif dari Kementerian Kesihatan Malaysia kepada semua pengusaha premis makanan. Apabila anda mendapat pengiktirafan BeSS, ini bermakna makanan yang disediakan untuk pelanggan anda adalah selamat dan sihat. Di bawah ialah logo BeSS yang akan dipaparkan di restoran anda apabila anda berjaya memperolehi pengiktirafan ini.

bess

Mungkin anda tak berapa faham konsep BeSS ini. Tak apa jangan risau. Video di bawah ini akan menerangkan segala-galanya. Sila tonton sekiranya anda seorang pemilik premis makanan dan mahukan premis anda menjadi pilihan ramai. Confirm pelanggan akan tak berhenti-henti datang sebaik sahaja anda mendapat pengiktirafan ini:-

Ada 2 elemen yang akan dinilai iaitu keselamatan makanan dan pemakanan sihat. Untuk elemen keselamatan makanan , perkara yang akan dinilai ialah peralatan serta perkakasan, pengendali makanan (tukang masak la nie), sistem bekalan air, ais & perpaipan, tempat buang sampah/sisa makanan dan banyak lagilah. Memang details sungguh penilaian kebersihan premis yang akan dilakukan.

Bab pemakanan sihat pulak, untuk mendapatkan pengiktirafan BeSS ini, premis kena labelkan kalori pada setiap makanan dan promosikan saiz hidangan yang sihat. Memang sesuai sangat untuk mereka yang sedang berdiet dan menjaga pemakanan. Masuk je kedai ada logo BeSS dah boleh kira jumlah kalori siap-siap. Tak adalah terlebih makan. Air kosong pun wajib dijual. Dan banyak lagi bab-bab kesihatan yang perlu dipatuhi oleh pengusaha premis makanan yang nak dapatkan pengiktirafan BeSS ini. Untuk kita selaku pengguna, memang untunglah sebab semua informasi ada depan mata. Senang sikit nak pantau pemakanan kita.

bess

Teruja kan? Memang kalau ada BeSS, baru Best. Senang je cara nak memohon pengiktirafan BeSS ini, anda hanya perlu ke Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran. Atau kalau nak lebih mudah, hanya perlu layari laman web www.fsq.moh.gov.my. Semua syarat-syarat ada tertulis di situ. Nasihat Abang Nara, lagi cepat korang dapatkan BeSS, lagi cepatlah premis makanan korang akan meletop-letop dikunjungi ratusan pelanggan setiap hari.

4. Layanan kena mesra
bessPelayan tetamu atau waiter/waitress untuk premis makanan anda adalah sangat penting. Mereka perlu mesra, selalu senyum, banyak bersabar, tangkas, pantas dan cekap. Muka tak boleh masam. Selain itu kalau pelanggan tanya “apa yang sedap sini”, si pelayan kena pandai recommend lauk pauk yang menjadi pilihan ramai. Tak boleh la jawab “sini semua sedap”. Jadi selaku pengusaha premis makanan, anda perlu melatih waiter/waitress anda. Jangan ambil remeh bab ini.

5. Ada personal touch

bessDi kawasan perumah Abang Nara, Restoran Mak Uda memang menjadi pilihan ramai. Selain makanan yang sedap, Abang Nara suka pegi ke sini sebab ada personal touch. Sampai-sampai je dah tau Abang Nara nak order apa. Siap kadang-kadang bagi diskaun lagi. Lepas tue boleh siap boleh duduk berborak sambil buat lawak. Kadangkala terlupa bawak duit pun boleh ambil je dulu tak perlu bayar. Personal touch macam ini memang jarang ditemui. Itulah sebabnya Abang Nara adalah pelanggan setia Restoran Mak Uda.

Abang Nara harap agar 5 teknik ini dapat membantu anda untuk menjadi restoran pilihan ramai, yang penting kena Bersih, Sihat dan Selamat!


Comments are closed.

Loading...