October 27th, 2015

Tahun ini usia Abang Nara sudah pun mencecah 32 tahun. Fuh!!! Cepat sungguh masa berlalu. Bila dah berusia 30-an ini, macam-macam benda dah berubah berbanding 10 tahun lalu. Emosi, tenaga, mental,fizikal dan sosial semuanya berbeza.

mynic

masih maintain kacak dan bergaya di usia 32 tahun

Buat anda yang bakal masuk usia 30-an, Abang Nara ingin kongsikan 5 tanda-tanda yang bakal hadapi sebaik sahaja melangkah masuk ke lingkungan usia ini.

1.Semua kawan-kawan dah kahwin dan dah ada anak

mynic

nak ajak lepak? Sori bro gua bz jaga anak nie

Sekiranya usia anda dah masuk 30-an tetapi masih belum berkahwin, diharap anda tabahkan diri. Pasti akan ada jodoh datang menjelma. Di kala ini anda akan perasan kesemua member-member sudah pun mempunyai pasangan hidup masing-masing. Malam-malam nak ajak lepak pun dah tak boleh sebab masing-masing ada keluarga untuk diuruskan. Nak jumpa pun time pergi kenduri kahwin member lain. Semua dah start sibuk dengan kehidupan baru. Anda bila lagi?

2. Anda sudah mula berlari/bermarathon

Kawan-kawan seusia dengan Abang Nara semuanya sudah terjebak dengan hobi berlari atau lebih dikenali sebagai marathon ini. Setiap minggu confirm akan ada gambar mereka berlari diupload ke Facebook. Nampak macam best. Tidak mahu ketinggalan, Abang Nara teruja ingin menyertai larian pertama buat diri ini iaitu myBuddies Run yang bakal berlangsung pada 20 Disember ini.

mynic

Bertempat di MMU Putrajaya, dijangkakan sekitar 7,000 orang (Abang Nara percaya hampir kesemua berusia 30-an dan ke atas) bakal memeriahkan myBuddies Run anjuran MYNIC ini. Kalau korang berminat, sila register sekarang di www.mybuddies.my sebelum 31 Oktober untuk mendapatkan harga early bird. Antara kategori yang disediakan ialah:-

1. Larian 10 kilometer (yang nie confirm Abang Nara tak join)
2. 5km masked fun run (sambil pakai topeng, sambil lari. Hmmm. Macam best)
3. 3km masked kids fun run (untuk bebudak je tapi Abang Nara rasa nak join yang nie lah)

mynic

Hadiah yang disediakan pun bukan calang-calang. Abang Nara confirmlah tak boleh target nak memenangi mana-mana kategori. Cuma berdoa dapat lucky draw je. Ada 2 buah kereta Perodua Axia tue sebagai hadiah. Jumlah hadiah bernilai RM100,000. Pergh!! Tak sangka berlari pun hadiah best-best macam nie. Patutlah kawan-kawan Abang Nara semua suka sangat berlari nie.

mynic

Kalau korang malas berlari, boleh juga datang lepak-lepak sepanjang event myBuddies Run ini. Macam-macam benda menarik disediakan seperti car boot sale, food truck dan juga persembahan daripada artis tempatan. Kalau korang nak bukak car boot sale atau food truck sendiri pun boleh jugak. Semuanya boleh didaftar di www.mybuddies.my

mynic

berlari untuk kesihatan bukan untuk ushar awek ye!!!

Mampukah Abang Nara mengikut jejak langkah rakan-rakan yang lain dan mula menjadikan larian sebagai satu aktiviti mingguan? Fuh!!! Semuanya akan terjawab di myBuddies Run. Abang Nara tengok dah ramai dah daftar. Korang yang belum tue, silalah buat cepat sebelum terlewat. Maklumat lanjut sila ke www.mybuddies.my LIKE Facebook MyBuddies MYNIC atau follow Instagram @mybuddies.my.

3. Anda gembira dapat tidur awal

Masih ingat lagi ketika usia anda 20-an dan anda mampu stay up sampai jam 3 pagi untuk lepak di kedai mamak, main snooker atau main game di cybercafe? Keesokan paginya pula anda boleh bangun jam 9 pagi dengan mata yang segar bugar dan secalit pun kepenatan. Indah bukan? Tiap-tiap hari ulang benda yang sama pun tak ada masalah. Tenaga banyak!!!

mynic

sleep like a baby

Sebaik sahaja anda menjenguk usia 30-an, tiada apa yang lebih indah selain daripada tidur di awal waktu. Kalau boleh pukul 10 malam dah nak masuk bilik tidur dah. Kalau lepak dengan member, maksimum pun pukul 11 dah ajak balik. Mata nak bukak pun dah tak larat. Kalau tak tidur, confirm keesokan harinya terpaksa gi klinik minta MC.

4. Berat badan bertambah sejajar dengan pertambahan umur

mynic

kekacakan terserlah di kala berat hanya 55kg

Ini memang sedang terjadi kepada Abang Nara. Dulu masa umur 25 tahun, berat Abang Nara cuma 55kg je. Pergh hensem betul masa tue. Sekarang nie di usia 32 tahun, berat Abang Nara dah cecah 80kg. Gila sungguh!!! Double chin, triple chin dan chin chin yang lain semua Abang Nara dah ada. Malu!!!

5. Anda tersenyum ketika membaca 4 tanda-tanda di atas

Kalau anda tersenyum kambing dan mengangguk-anggukkan kepala sambil membaca 4 tanda-tanda di atas, Abang Nara ingin mengucapkan selamat datang ke usia 30-an. Ia akan menjadi satu pengembaraan yang sangat bermakna buat anda. Yang penting, kesihatan kena jaga, keluarga harus didahulukan dan amal ibadah perlu ditingkatkan. Kita jumpa lagi di usia 40-an!!!


Comments are closed.

Loading...