5 Tanda Ini Dedahkan Anda Seorang “Kaki” Boros, Tak Pandai Urus Kewangan!

Trending

5 Tanda Ini Dedahkan Anda Seorang “Kaki” Boros, Tak Pandai Urus Kewangan!

Stressed-Woman-No-Money

Tak salah bila dapat je gaji nak pergi bercuti dan berbelanja. Tapi biarlah berpada-pada dan tidak keterlaluan. Jangan sampai tiap kali hujung bulan je makan maggie! Jimat2 lah weh!

Advertisement

Cuba semak 5 tanda ni. Jika ya, memang anda seorang yang boros dan tidak pandai uruskan kewangan. Kena berubah.

Duit gaji habis sebelum hujung bulan

Taraf hidup makin tinggi. Mana yang duduk bujang tu macam-macam nak bayar. Rumah sewa la, bil dan juga belanja harian. Tapi, mesti ada duit lebih lagi kan. Tapi, kalau sebelum hujung bulan, gaji anda dh habis, itu tandanya anda seorang yang boros!

Tak reti tolak ajakan kawan

Bukan tak boleh nak lepak dengan kawan-kawan. Tapi, janganlah sampai buat anda jadi sengkek. Kandang-kadang tu anda pergi lepak bukan dekat tempat biasa-biasa. Kalau dah masa tu anda dah out of budget, pandai-pandailah tolak ajakan kawan tu okay!

Kad kredit jadi kawan baik

Ramai belia di Malaysia diisytiharkan muflis gara-gara kad kredit. Bukannya tak boleh pakai, tapi biarlah berpada-pada. Ini tidak! Hanya kerana nak show off, hutang sampai keliling pinggang. Tiada hutang, tiada masalah!

Tidak menabung

Masalah anak muda sekarang ialah tiada simpanan langsung. Tanya diri anda, berapa simpanan yang anda ada sekarang? Setiap hujung bulan, pastikan anda ketepikan sekurang-kurangnya 10 hingga 15 peratus daripada jumlah keseluruhan gaji.

Tidak ada dana kecemasan

Setiap bulan pasti akan terjadi situasi dimana anda terdesak sangat nak pakai duit. Tapi, anda sudah tiada lagi duit, melainkan duit simpanan. Takkan nak guna duit simpanan. Jadi, sediakan dua tabung iaitu untuk duit simpanan dan kecemasan!

Jika hampir semua tanda-tanda ini anda ada ternyata anda memang seorang yang boros. Belajar-belajarlah menyimpan untuk yang lebih penting.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.