5 Taktik Ini Penjenayah Guna Untuk Mencuri Kenderaan, Ini Langkah Untuk Cegah Dari Berlaku

Trending

5 Taktik Ini Penjenayah Guna Untuk Mencuri Kenderaan, Ini Langkah Untuk Cegah Dari Berlaku

Kes kecurian kereta bukanlah satu jenayah yang baru, ada ketikanya boleh berlaku sekelip mata sahaja, walau pun meninggalkan kereta seketika. Sama ada pergi beli barang di kedai runcit, ketika mengisi angin kereta, atau pun di hadapan rumah.

Advertisement

Pada kali ini Jabatan Siasatan Jenayah D4 mengongsikan tips mencegah kecurian kenderaan daripada berlaku. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan oleh pencuri untuk mencuri kenderaan bermotor termasuklah:

1. Kecurian kenderaan yang tidak diawasi tanpa kunci

Kenderaan yang diparkir dicuri sama ada dengan memecah masuk kenderaan diikuti dengan pendawaian panas (memintas pendawaian suis penghidup) untuk menghidupkan enjin, ataupun dengan menunda kenderaan tersebut.

2. Kecurian dengan capaian kunci

Juga dikenali sebagai “Diambil Tanpa Kebenaran Pemilik”. Penggunaan kenderaan yang tidak dibenarkan di mana pemilik membenarkan pemandu menyimpan kunci. Biasanya kes ini melibatkan anak atau pekerja kepada pemilik kenderaan yang mana, dalam beberapa keadaan, dibenarkan untuk menggunakan kenderaan.

3. Kecurian oportunis

Kecurian kenderaan yang pemiliknya meninggalkan kunci pada kenderaan tanpa pengawasan, ada kalanya dengan enjin masih lagi hidup.

4. Rampasan kereta

Merujuk kepada pengambilan kenderaan dengan menggunakan kekerasan atau paksaan terhadap pemandu atau pemiliknya. Di kebanyakan tempat, ia merupakan satu bentuk jenayah berat kerana melibatkan serangan. Dalam beberapa rampasan kereta, pemandu dan penumpangnya dipaksa keluar dari kenderaan sementara pencuri itu memandunya sendiri ke tempat lain, sementara dalam insiden lain pula pemandu serta penumpang dipaksa tinggal di dalam kenderaan sebagai tebusan.

Dalam beberapa kes curi kenderaan yang jarang berlaku pula, pemandu dipaksa memandu ke tempat yang diarahkan oleh penyerang. Kaedah ini digunakan apabila penyerang tidah tahu mengendalikan kenderaan pilihan (seperti helikopter atau kapal terbang).

5. Kecurian penyelewengan

Pemilikan kenderaan haram daripada pemandu melalui pemindahan wang palsu yang mana penjualnya tidak akan memperolehinya (seperti kecurian identiti ataupun penggunaan cek tak laku). Kebanyakan kenderaan yang dicuri menggunakan kaedah ini dijual seberapa segera.

Langkah Pencegahan

Pihak PDRM juga telah mengariskan beberapa langkah pencegahan bagi mengelakan kecurian kenderaan ini berlaku. Antaranya termasuklah halangan fizikal, yang menjadikan cubaan mencuri lebih sukar. Seperti :

a. Menggunakan peranti yang mengunci bahagian kenderaan yang diperlukan untuk mengendalikannya, seperti roda, stereng atau injak brek.

b. Memasang pelumpuh yang hanya membenarkan kenderaan dihidupkan apabila kunci dengan cip yang betul berada dalam slot kunci penyalaan.

c. Jangan terlalu bercerita tentang spesifikasi kenderaan anda kepada pihak umum yang tidak dikenali atau baru dikenali, seperti meletakkan gambar kenderaan anda luar dan dalam serta spesifikasi kenderaan anda di dalam Facebook

Kurang Peluang Kecurian Dengan Alat Pencegah

Peluang berlaku kecurian juga boleh dikurangkan dengan menggunakan pelbagai alat pencegah, yang berupaya memberi impresi kepada pencuri bahawa dia akan ditangkap dengan mudah sekiranya kenderaan dicuri, antaranya termasuklah:

a. Sistem penggera kereta yang diaktifkan apabila kenderaan dipecah masuk

b. Memasang suis pemati enjin untuk menyusahkan pencuri untuk menghidupkan enjin. Suis tersebut boleh dipasang di bahagian penting sistem penyalaan ataupun sistem bahan api. Kereta tidak boleh dihidupkan selagi suis pemati enjin tersebut belum dihidupkan. Ada juga pemilik kenderaan yang menyembunyikan suis pemati enjin di kawasan tersembunyi seperti di bawah papan pemuka, di bawah kerusi, dsb.

c. Menggores nombor siri kenderaan (VIN) pada cermin kereta.

d. Memasang penjejak GPS samaada yang dijual khas atau telefon bimbit yang telah diubah suai untuk menjejak kedudukan kereta yang dicuri atau lupa diletakkan di mana.

Bukan itu sahaja, mungkin ada juga yang menyamar sebagai wakil dari pihak bank untuk merampas kenderaan anda, dan tanpa anda sedar, anda sudah tertipu oleh mereka. Walau apa pun, pastikan keselamatan anda, dan bila rasa tidak selamat, bolehlah segera menghubungi pihak berwajib.

Sumber : Polis KL

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...