5 Tahun Suami ‘Lepas Tangan’, Isteri Berjaya Tuntut Nafkah Tertunggak Bernilai RM70K

Kehidupan

5 Tahun Suami ‘Lepas Tangan’, Isteri Berjaya Tuntut Nafkah Tertunggak Bernilai RM70K

Sejak kebelakangan ini, sering kali kita dengar berita mengenai suami tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan betul dan sering lepas tangan apabila berkaitan dengan nafkah.

Melalui perkongsiaan seorang peguam, kliennya berjaya menuntut nafkah yang tertunggak sebanyak RM70 ribu.

Advertisement

Bukan saja reda dengan keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah, bekas suami turut memohon maaf kepada wanita terbabit kerana pengabaian itu.

Biarpun sudah berpisah, si isteri mengambil tindakan memfailkan saman kerana mahu membuktikan wujudnya isu ‘lepas tangan’ soal nafkah sepanjang 5 tahun perkahwinan mereka.

Peguam wanita itu sempat menasihati kaum isteri untuk tidak menunggu proses talak jika mahu menuntut nafkah yang tertunggak daripada suami masing-masing.

Perkara itu diberitahu kerana tidak mahu si suami rasa ia merupakan signal wanita reda dengan perkara yang berlaku.

Rata-rata netizen yang membaca hantaran terbabit meluahkan rasa syukur serta tumpang gembira kerana kejayaan berpihak kepada si isteri yang ‘terseksa’ sewaktu berkahwin.

2 years ago

(VIDEO) Ibu Panik Kepala Bayi Bengkak Lepas 8 hari Jatuh Katil - "Benjol Besar 2 Bola Golf"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...