Melalui laporan mStar, penyanyi dikenali ramai iaitu Nora Ariffin memaklumkan dirinya berasa kesal susulan isu bayaran royalti untuk lagu ciptaan arwah suami yang berjudul Sinaran masih belum selesai hingga ke hari ini.
Menurut Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin, sudah lima tahun dia berurusan dengan isu ini, namun masih tiada sebarang penyelesaian yang dicapai.
Saya dah turun naik jumpa MACP (Music Authors Copyright Protection). Namun, jawapan masih sama, mereka kata akan update.
View this post on Instagram
Kata Nora, lagu nyanyian Datuk Sheila Majid iaitu Sinaran sering dimainkan di mana-mana acara tetapi hanya dapat RM60 ketika Allahyarham Johan Nawawi masih hidup.
Saya bercakap sebagai waris kepada arwah. Saya nak tuntut hak untuk anak-anaknya. Apakah peranan MACP? Adakah mereka hanya menguruskan bayaran royalti untuk komposer yang masih hidup?
Malah, Nora menganggarkan nilai royalti yang boleh diterima olehnya sekitar RM1 juta dan tidak kurang dari jumlah tersebut.