Hidup sebagai banduan didalam penjara bukanlah satu perkara yang mudah untuk dihadapi oleh vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng Spring. Kini, setelah lima tahun dipenjarakan, beliau khabarnya bakal dibebaskan daripada Penjara Kluang.
Ada desas-desus mengatakan Ameng bakal dibebaskan hari ini tetapi tiada siapa yang tahu kesahihan tarikh pembebasannya itu.
Isterinya Sabariah Zakaria pula berkata beliau tidak pernah mahu merahsiakan tarikh pembebasan suaminya cuma mahu Ameng tenang dan rehat bersama keluarga.
Sabariah pada masa yang sama berharap suaminya diberi peluang oleh masyarakat untuk terus membina keyakinan dirinya.
Berilah Ameng peluang untuk bertenang dan mengembalikan kekuatan dan keyakinan dirinya sehari dua ini.
Abang Ameng akan bebas, tapi saya tidak mengesahkan pada mana-mana pihak yang beliau akan dibebaskan esok.
Ameng dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 kerana kesalahan penyalahgunaan dadah. Hukuman itu bagaimanapun dipendekkan berikutan kelakuan dan disiplin cemerlang yang ditunjukkannya.