Memulakan perniagaan kafe sekitar Mei 2015, pelakon jelita Elfira Loy zahir rasa sedih apabila terpaksa menghentikan operasi perniagaannya yang diberi nama “Love Me Seven Days”.
Ujar Elfira, tindakannya membuat keputusan tersebut adalah kerana sukar untuk memberi komitmen terhadap perniagaan itu.
Berita itu dikongsikan sendiri kepada umum oleh Elfira menerusi sebuah muat naik di laman Instagramnya.
“Bukan sebab pandemik ke apa tapi kerana keutamaan saya. Saya tidak boleh lalukan 10 kerja dalam satu masa dan lepaskan tanggungjawab itu kepada orang lain. Jadi ini adalah keputusan yang terbaik.”
Biarpun telah mengusahakan kafe tersebut selama 5 tahun, Elfira juga dilihat sempat mengucapkan terima kasih buat para pelanggan yang pernah bertandang dan menjamu selera di kafe miliknya. Malah tetap memohon maaf andai pernah mengguris hati mana-mana pihak sepanjang beroperasi.
“Sedih tapi saya rasa ini yang terbaik. El nak ucapkan terimakasih banyak-banyak kepada mereka yang pernah datang ke cafe El , support El dan sentiasa bagi kata semangat kepadal El.”
Bagaimanapun, Elfira juga menyatakan andai dimurahkan rezeki, beliau pasti ingin membuka kembali kafe tersebut. Hal ini kerana, beliau amat berharap ia bukanlah suatu pengakhiran untuk dirinya berkecimpung dalam dunia perniagaan makanan.
Untuk rekod, Love Me Seven Days Cafe telah memulakan operasi pada Mei 2015 hingga Julai 2020.
Anonymous
July 4, 2020 at 10:34 am
Ha ha ha …. Luah hati ..mcm tak ada restaurant lain kau nak gi … Restaurant si sangkak ni juga kau cari … Kalau dah tuan nya sangkak
What do you expect of the cooks , food n waiters .
Anonymous
July 3, 2020 at 7:05 pm
Takziah
Luah hati
July 3, 2020 at 2:00 pm
Pernah makan di restaurant tersebut. Nasihat saya jika nak buka semula cafe tersebut.tolong…tolonglah latih staff tu agar tahu makna berbudi bahasa dan hormat customer. Hidang order yg dipesan dengan betul … Jika menu tiada write down dalam menu yg makanan tu dah out of stock. Paling utama… Cari tukang masak yang bagus yang oleh masak masakan dengan sedap. Pelanggan datang bukan makan free dan bukan jugak tujuan utama nak jumpa artis. Mungkin pelanggan yg datang tu bawak berkat gaji pertama kerja dgn belanja member or family tapi dapat layanan yg haram jadah dan makanan x sedap.