5 Syarikat Mon Space Sekadar “Rangka Kosong”?

Trending

5 Syarikat Mon Space Sekadar “Rangka Kosong”?

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan lima syarikat yang didaftarkan di bawah Mon Space adalah syarikat kosong yang tidak mempunyai sebarang aset mahupun modal.

Advertisement

Menurut China Press, lima syarikat itu adalah Mon Space (M) Sdn Bhd, Mon Space City Sdn Bhd, Mon Space Media Entertainment Sdn Bhd, Mon Space F&B Sdn Bhd dan Mon Space Synergy Power Sdn Bhd.

Perniagaan yang diceburi lima syarikat itu termasuk hartanah, bon dan sekuriti, jual beli produk, sektor pembinaan, import serta eksport pelbagai barangan.

Memetik laporan FMT, Pegawai SSM memberitahu akhbar berbahasa Cina itu, kebiasaannya ia akan menyatakan jenis perniagaan dikendalikan sesebuah syarikat itu, seperti import eksport, jualan langsung atau jual beli dan sebagainya.

Bagaimanapun, jelasnya, sesetengah pengendali akan menubuhkan syarikat terlebih dahulu dan menjadikan ia “dormant” sebelum arah tuju perniagaan ditentukan dan diubah dalam maklumat pendaftaran.

Menurut laman rasmi Mon Space Group, perniagaan yang dijalankan kumpulan itu termasuk sektor kewangan, makanan dan minuman, hartanah, telekomunikasi, hiburan, e-dagang dan sebagainya.

Maklumat SSM menunjukkan kumpulan itu mendaftarkan pelbagai perniagaannya antara 2014 hingga 2015 dengan kesemua syarikat itu tidak mempunyai sebarang dana simpanan atau wang tunai.

Bukan itu sahaja, kelima-lima syarikat itu juga mempunyai nama lain sebelum ini yang bermakna ia adalah syarikat lama yang diubah nama.

Pengasas Mon Space Group adalah Datuk Seri Jessy Lai yang merupakan bekas pembantu Zhang Jian yang mendakwa dirinya lelaki terkaya di dunia dan pengasas syarikat jualan langsung, YSLM, yang disahkan tidak berdaftar dengan SSM serta tidak mempunyai lesen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Lai kembali menjadi perhatian media susulan syarikat penerbangan baru, Suasa Airlines yang didakwa beroperasi secara komersil tanpa permit dan sedang disiasat Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

1 Comment

  1. monspace Kn

    December 22, 2016 at 7:17 pm

    Suka hati kaulah nak kata monspace macam mana.yang pasti monspace terbaik.