Sekarang ni dah berlambak produk untuk putihkan kulit di pasaran. Kalau dah macam-macam jenis produk putihkan kulit, mesti la disebabkan oleh banyak permintaan.
Kalau kita tengok sekarang ni, ramai wanita yang berlumba-lumba nak putihkan kulit dan sanggup berhabis duit.
Apa sebabnya dorang ni nak putih? Kulit gelap tak cantik ke? Kena tahu 5 sebab penting ini!
1. Lelaki suka wanita berkulit putih
Yeke lelaki sukakan wanita berkulit putih je? Tak semua, tapi kebanyakannya memang nak yang kulit cerah gebu. Bagi lelaki, walaupun rupa wanita tu tak lawa mana, tapi kalau putih je confirm cun!
2. Kalau tak pakai mekap tak ada masalah
Bila wanita kulit putih ni tak payah pakai mekap pun tak apa. Tetap nampak cantik. Kalau kulit gelap pulak nak kena pakai bedak ikut warna kulit, kalau tak bercapuk la muka tu nanti.
3. Senang nak pakai mekap
Lagi satu bonus, bila kulit putih ni pakai eye shadow warna apa pun cantik je. Pakai la gincu warna gelap ke terang ke, warna nude ke memang tak ada masalah. Kalau kulit gelap pakai gincu merah terang nampak pelik pulak kan.
4. Boleh pakai baju atau tudung warna apa je
Bila kulit cerah ni, pakai la baju warna apa pun tak jadi masalah. Tudung nak beli warna-warni pun cantik je kalau pakai. Kalau kulit gelap, pakai tudung warna ‘merah mak ngah’,confirm kena kutuk dengan kawan-kawan.
5. Pilihan untuk dibuat bini sebab nak anak kulit putih
Ni pun jadi masalah orang sekarang. Kalau kau tu kulit hitam, lepas tu kahwin dengan orang kulit putih, confirm ke dapat anak kulit putih? Kalau kulit jadi isu, ada yang tak kahwin sampai ke tua.