March 2nd, 2010

Dulu ada kami keluarkan carta 10 Artis Malaysia Paling Seksi. Malah kebanyakan gambar-gambar yang kami keluarkan di sini adalah gambar selebriti-selebriti wanita Malaysia. Kami pasti ramai pembaca-pembaca wanita kami yang kecewa dengan kami. Kami pasti anda mahukan carta untuk artis-artis lelaki pulak.

Jadi untuk tidak menghampakan anda, kami bawakan carta 5 Selebriti Bujang Terhangat Malaysia untuk tatapan anda semua. Kalau rasa ada artis lelaki hot yang kami tertinggal, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen. Kami akan cuba update carta ini dari masa ke masa.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui siapa yang kami calonkan untuk carta 5 selebriti bujang terhangat Malaysia ini.

1. Anuar Zain

anuar zain

Wanita mana yang tak tergilakan Anuar Zain. Sudahlah kacak, suara dia pun habis jantan. Tak kawin-kawin lagi sampai sekarang dan tak tau sebabnya mengapa. Rasa-rasa umur dia dah 30 tahun lebih dah. Kami selalu dengar cerita yang kalau time Anuar Zain buat konsert, pasti ada makcik-makcik yang termenangis sebab terharu dapat tengok Anuar Zain live depan mata.

2. Remy Ishak

remy ishak

Walaupun dihimpit kontroversi tragedi pembelasahan Ummi Nazeera, kekacakan Remy Ishak memang melayakkan dia untuk berada di dalam carta hangat ini. Dengan ketoughan badannya dan bakat lakonannya yang agak mantap, kami percaya ramai wanita di luar sana yang cair dengan kehenseman si Remy nie. Malah ada yang menggelarkan Remy Ishak sebagai hero Malaya terbaru menggantikan Rosyam Noor yang dah tua. Pasti ramai yang bercita-cita nak menjadi kekasih hati Remy selepas dia clash dengan Ummi Nazeera.

3. Fahrin Ahmad

fahrin ahmad

Menantu idaman mak-mak di luar sana. Fahrin Ahmad nie memang malang dalam bab-bab bercinta nie. Dah 2 kali putus. Sekali dengan Linda Onn, sekali dengan Scha Al Yahya. Mungkin dah kena sampai tahap mandi bunga kot. Fahrin Ahmad nie bukan sahaja kacak tapi dari apa yang kami dengar memang selalu pergi masjid. Memang bertuah siapa yang dapat jadikan dia nie suami. Sudahlah badan tough. Memang mengghairahkan.

4. Shaheizy Sam

shaheizy sam

Meletup selepas filem Adnan Sempit, si Sam nie walaupun tak berapa hensem tapi dia mempunyai auranya yang tersendiri. Lakonannya berada di dalam kelas yang agak tinggi jugak. Sempoi, lawak dan variasi. Adik kepada Zizie Ezette nie memang tak pernah ada kontroversi. Itu yang menyebabkan sahamnya agak tinggi. Sampai sekarang kami tak tahu sama ada dia nie dah ada awek ke belum. Kalau belum ada, kami nasihatkan anda tackle si Sam nie. Compem berbaloi-baloi.

5. Fizz Fairuz
fizz fairuz

Walaupun sudah bertahun-tahun kapel dengan Almy Nadia, Fizz Fairuz nie taknak kawin-kawin jugak. Mungkin dia tengah ushar line kot-kot ada awek cun lagi bakal muncul. Kalau taknak kat Almy tue bagitau cepat-cepat, leh Abang Nara try ushar line. Kami pasti awek-awek di luar sana pasti teruja dengan kejantanan koleksi gambar Fizz Fairuz yang pernah kami keluarkan dulu. Muka, badan dan bakat semuanya ada. Memang pakej yang lengkap.


Comments are closed.

Loading...