May 3rd, 2016

Di pasaran sekarang ini pelbagai jenis tudung ada dijual. Kalau Abang Nara seorang perempuan, memang serabut kepala nak pilih mana satu kerana terlalu banyak sangat pilihan yang ada. Orang laki kalau tengok tudung nampak sama je, namun di mata perempuan ia berbeza. Setiap tudung itu ada keunikan yang tersendiri dari segi gaya, material, rekabentuk, jenama dan sebagainya. Namun begitu, pada pendapat Abang Nara, tiada yang mampu menandingi keunikan Tudung Qnergi.

 photo q1.png

Cerita panjang tak guna, meh Abang Nara ceritakan 5 sebab mengapa anda perlu mencuba Qnergi Scarf, hijab yang mempunyai cas tenaga hari ini juga.

1. Tudung bercas tenaga semula jadi yang pertama di dunia

 photo q2.png

Tudung di bawah jenama Qnergi Scarf ini bukan sebarang tudung. Diilhamkan oleh Pengerusi Eksekutif Qnergy Sdn. Bhd., Profesor Datuk Dr. Noordin Darus. setiap helai tudung Qnergi melalui menambah tenaga dalaman sekaligus menyebabkan ia memiliki aura tenaga positif. Impaknya ialah Tudung Qnergi akan bertindak sebagai pelindung atau perisai kepada elemen-elemen negatif seperti gelombang elektromagnetik daripada memasuki badan. Ia juga mampu menstabil dan mengharmonikan ketidakseimbangan dalam kepala si pemakai. Power dan awesome sungguh!!!

2. Rekaan yang super duper cantik
Memahami kehendak wanita yang mahukan tudung yang cantik, Qnergi Scarf tampil dengan pelbagai rekaan yang ternyata memikat. Sekali tengok terus Abang Nara rasa nak beli untuk wife. Memang confirm si pemakai akan bertambah cun melecun. Ada inner scarf, long shawl, instant scarf dan juga square scarf untuk memenuhi citarasa para wanita di luar sana. Pilih je yang mana korang berkenan.

 photo q3.png

instant scarf Tudung Qnergi

 photo q4.png

long shawl Tudung Qnergi

 photo q5.png

square scarf Tudung Qnergi

3. Harga yang amat berbaloi-baloi
Kalau dah ada cas tenaga semulajadi, rekaan yang menarik dan memberikan pelbagai kesan positifuntuk penggunanya, Abang Nara ingatkan harga Tudung Qnergi ini akan mencecah ratusan ringgit. Ternyata Abang Nara silap. Harga Tudung Qnergi bermula daripada RM100 sehingga RM124 sahaja. Murah dan berbaloi sangat-sangat.

 photo q6.png

4. Testimonial daripada pengguna Tudung Qnergi
Mungkin ada yang beranggapan cas tenaga di dalam Tudung Qnergi ini adalah teknik marketing semata-mata dan tidak membawa sebarang kesan. Ish, ish, ish. Belum cuba belum tahu. Namun daripada beberapa testimonial para pengguna, memang ada impak positif apabila menggayakan Tudung Qnergi ini. Kepala rasa lebih ringan, lebih bertenaga dan bersemangat sepanjang hari.

 photo q7.png

tak ada la menguap je lepas makan tengah hari kan?

 photo q8.png

tak panas tue penting lebih-lebih lagi dalam cuaca sekarang nie

5. Dapat liputan meluas di akhbar-akhbar tempatan
Keunikan Tudung Qnergi ternyata mencuri perhatian suratkhabar tempatan. Kosmo, Metro, Utusan Malaysia semua dah pernah ceritakan tentang kelebihan tudung bercas tenaga ini. Ia adalah satu konsep yang baru dan membawa kelainan dalam pemakaian tudung. Selain daripada menutup aurat, si pengguna akan terasa lebih positif apabila memakainya. Itu paling penting. Tak gitu?

 photo q9.png

 photo q10.png

Jangan risau, untuk 100 pembaca BeautifulNara yang tersayang, Abang Nara nak bagi kod promo. Anda hanya perlu memasukkan kod NARAQNERGY untuk mendapatkan diskaun yang cukup best dengan whatsapp atau SMS ke 014-7576575.

Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan sehelai Tudung Qnergi anda hari ini juga di www.qnergi.com. Jangan lupa like Facebook Qnergi HQ untuk tidak terlepas sebarang promosi dan juga update tentang produk terbaru mereka. Selamat mencuba!!!


Comments are closed.

Loading...