5 Sebab Rakuten Malaysia Membuatkan Abang Nara Gagal Mengawal Nafsu Shopping!!!

Hiburan

5 Sebab Rakuten Malaysia Membuatkan Abang Nara Gagal Mengawal Nafsu Shopping!!!

Bulan Ramadhan adalah bulan berpuasa yang menguji kita bukan sekadar dari segi menahan lapar dan dahaga, tetapi juga dari segi menahan nafsu. Nafsu ini bukan sekadar hubungan antara lelaki dan perempuan, tetapi juga nafsu tamak beli lauk di pasar Ramadhan, nafsu makan buffet di hotel dan sudah tentu, nafsu shopping!!! Dengan penuh jujur dan ikhlas, Abang Nara buat pengakuan yang diri ini telah tewas dengan nafsu shopping selepas menjumpai laman web Rakuten Malaysia baru-baru ini.

rakuten malaysia

Advertisement

Ketewasan Abang Nara ada beberapa sebab. Bukan mudah untuk membuatkan Abang Nara bershopping secara online ini. Namun Rakuten – No 1 Online Shopping Mall di Jepun dengan tema “Shopping Is Entertaiment” ini mempunyai beberapa tarikan dan godaannya yang tersendiri. Ala macam ada seorang awek depan mata, punyalah cun dan memikat hati sampai kita pergi minta nombor telefon dia, sedangkan sebelum ini tak pernah buat kerja gila macam itu. Antara yang bestnya Rakuten ini ialah:-

1. Banyak gila kategori yang ada

rakuten malaysia

Bermula dengan hanya menekan kategori “Kids-Baby”, sedar tak sedar dekat 40 minit juga Abang Nara meninjau laman web Rakuten Malaysia ketika pertama kali membukanya. Berjangkit sungguh. Lepas satu kategori satu lagi. Mula-mula “Kids-Baby”, lepas tue “Health-Beauty”, lepas tue “Home-Interior”, lepas tue “Fashion-Accesories” dan macam-macam lagilah. Susah gila nak berhenti!!!

2. Peniaga dengan produk dan tawaran yang menarik

rakuten malaysia

Konsep Rakuten Malaysia ini ialah peniaga membuka kedai online mereka dengan kualiti barangan yang bermutu dan customer services terbaik. Setiap kedai akan ada teknik promosi lebih-lebih lagi masa hari raya nie untuk menarik pelanggan. Kedai baru buka pun akan ada promosi pembukaan. Kena rajin cari tapi kalau jumpa memang berbaloi. Ada yang bagi free delivery, buy 5 free 1 dan macam-macam lagi.

3. Rakuten sendiri buat offer dan promosi yang super duper awesome
rakuten malaysia

Tak cukup dengan diskaun daripada peniaga, Rakuten Malaysia juga seringkali menawarkan offer dan promosi yang mampu buat anda rasa “gila tak masuk akal promosi diorang nie“. Contohnya sekarang nie ada promosi raya yang menawarkan diskaun sehingga 70%. Lepas tue ada pulak 5% instant diskaun hanya dengan Mastercard + Buka Puasa Deal(untuk promosi of the day) + 10 x Rakuten Super Points (RSP) SuperShop untuk ahli berdaftar Rakuten.

4. Program ganjaran Rakuten Super Points (RSP)

rakuten malaysia

Ha tadi Abang Nara dah sentuh sikit pasal RSP nie. Meh Abang Nara terangkan secara lebih deep kepada korang. Bila korang buat pembelian sebagai ahli berdaftar Rakuten Malaysia, setiap pembelian akan diberitahu korang akan dapat berapa RSP. Contoh Abang Nara beli lampin pakai buang Drypers bernilai RM115.90, boleh dapat 1.15 RSP. Apa gunanya RSP ini? Ha, setiap 1 RSP adalah bersamaan RM1 dan ia boleh digunakan untuk pembelian seterusnya. Makin banyak RSP, makin banyaklah penjimatan korang nanti.

5. Penghantaran pantas dan tuntas

rakuten malaysia

Ini adalah part yang paling best. Barang-barang yang Abang Nara order hanya memerlukan masa sehari sahaja untuk sampai (guna pos laju). Bungkusan cantik, produk sampai seperti dalam website, tak ada kerosakan dan memang puas hati. Kualiti terbaik. Kadangkala takut juga beli barang secara online ini sebab indah khabar dari rupa. Tapi peniaga di Rakuten Malaysia ini nampaknya semua berwibawa dan menjaga nama baik masing-masing. Kipidap!!!
rakuten malaysia

Ha mesti korang dah gatal tangan dan tengok apa yang ada dijual di Rakuten Malaysia kan? Silalah bersegera. Untuk makluman, disebabkan sambutan hangat, promosi sempena Hari Raya Raya Aidilfitri telah pun dilanjutkan sehingga 15 Julai ini. Masih ada peluang untuk dapatkan baju raya, tv raya, langsir raya dan macam-macam lagi pada harga durian runtuh. Selamat membeli belah. Layari www.rakuten.com.my sekarang juga.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...