5 Sebab Kenapa Saya Suka Astro B.yond PVR

Hiburan

5 Sebab Kenapa Saya Suka Astro B.yond PVR

astro b.yond PVR

Hai nama saya Cik Nara.  Seperti ayat di dalam gambar di atas, sememangnya 4 butang di dalam Astro B.yond PVR telah mengubah hidup saya. Kini hidup saya lebih mudah diatur dengan kehadiran Astro B.yond PVR, Mari saya ceritakan mengenai bagaimana Astro B.yond PVR telah membuatkan hidup saya lebih ceria.

Advertisement

1. Saya kini tidak lagi bergaduh dengan ayah saya berebut nak tengok TV

astro b.yond PVR

Sebagai seorang anak yang solehah, saya sentiasa menghormati ayah saya termasuklah dalam menonton TV. Kalau dulu, saya sering mengalirkan air mata kerana tidak dapat menonton rancangan kegemaran saya, kini tidak lagi. Sambil ayah menonton game Manchester United, saya sudah pun rakamkan cerita Korea kegemaran saya menggunakan Astro B.yond PVR. Esok pagi saya bangun tidur terus saya layan pakwe Korea saya dalam cerita Midas yang telah direkod semalam. Best kan?

2. Saya boleh pergi ke tandas bila-bila masa sahaja yang saya suka semasa menonton TV.

astro b.yond PVR

Nampak tak butang rewind kat remote Astro B.yond PVR di atas? Kini saya tidak lagi menahan nature’s call kerana dengan adanya butang tersebut, saya boleh pergi ke tandas tanpa takut terlepas aksi Jozan dalam Maharaja Lawak. Pulang dari tandas tekankan ajer butang rewind tersebut. Senang begitu ~~

3. Hujan? Tiada masalah dengan Astro B.yond PVR

astro b.yond PVR

Setiap kali Abang Nara menelefon saya dan berkata siaran Astro di rumahnya terganggu kerana hujan, saya akan gelakkan dia. Sebabnya Astro B.yond PVR kalis hujan. Hujan lebatlah macam mana pun, siaran takkan terganggu. Tapi selalunya ayah saya akan suruh tutup TV kalau hujan sebab takut TV HD baru dia terbakar. Hehehe.

4. Boleh nampak kumis di wajah Kwon Sang Woo

astro byond

Inilah sebabnya Astro B.yond PVR paling best sebenarnya. Dengan adanya channel HD terutamanya ONE HD yang menayangkan cerita-cerita terbaru Korea, kini saya boleh menatap kehandsomean wajah kekasih gelap saya, Kwon Sang Woo dengan lebih jelas. Serious handsome gila mamat nie (tapi Abang Nara tetap yang paling handsome)

5. Mak, ayah, akak dan kucing saya pun pandai guna remote Astro B.yond PVR

astro b.yond PVR

Ok yang part kucing itu sememangnya menipulah kan. Tapi memang cara penggunaan remote control Astro B.yond PVR ini tersangatlah senang. Mak saya yang selalunya tak tahu benda teknikal pun dapat menguasai remote control ini dalam masa tak sampai sehari. Orang nogori kata, sonang ajo eh Jang.

Kesimpulannya kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal Astro B.yond PVR nie, jangan segan-segan layari laman web Astro B.yond PVR. Semua info ada kat situ.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...