Bila kita sakit je, mak kita la orang paling sibuk di dapur untuk buatkan sup panas. Doktor juga sarankan untuk mengambil makanan sihat seperti sup panas, tidak kira ayam atau daging, paling baik sup sayur.
Tapi, sebab apa kita perlu makan sup panas ketika sakit? Ini kerana makan sup ketika sedang sakit mampu mempercepatkan penyembuhan.
Bagaimana sup panas boleh menyembuhkan penyakit? Semak 5 sebab penting ini!
Meningkatkan sistem imunisasi
Sakit ringan seperti selsema, batuk dan demam boleh diatasi dengan makan sup panas. Nutrisi yang terkandung dalam sup mampu memenuhi tenaga tubuh dan menguatkan sistem imunisasi, seta menncegah jangkitan virus merebak.
Mudah dicerna
Sup lebih mudah dicerna oleh usus dan mudah diserap nutrisinya ketika sakit. Makanan yang mempunyai air lebih cepat melalui proses pencernaan.
Anti radang
Sup mampu meredakan keradangan dalam badan semasa sakit. Sup ayam sangat baik sebagai ubat anti-keradangan dan untuk menyembuhkan penyakit sejak dari dulu lagi.
Ada nutrisi lengkap
Sup mengandungi nutrisi lengkap yang diperlukan tubuh dan mudah dicerna. Ketika tubuh lemah, agak sukar untuk usus mencerna makanan yang padat.
Mencegah dehidrasi
Air sup mampu memenuhi keperluan air dalam tubuh selain minum air masak. Bila sakit kan air masak terasa pahit dan tak sedap. Jadi gantikan dengan minum sup.