Abang Nara ada kenal beberapa orang yang amat menggilai ikan patin. Seminggu sekali kalau tak dapat makan, memang menggigil satu badan dibuatnya. Namun bukanlah mudah untuk mencari restoran yang betul-betul pandai memasak dan menyediakan ikan patin. Kalau silap cara, memang tak sedap. Baru-baru ini Abang Nara dan seisi keluarga telah menerjah Restoran Temerloh Catering di Wangsa Walk yang cukup terkenal dengan kelazatan, keenakan dan kesedapan ikan patinnya.
Cerita banyak tak guna, seisi keluarga kami telah meratah dan menikmati ikan patin serta lauk pauk yang lain dengan begitu lahapnya di Restoran Temerloh Catering ini. Meh sini Abang Nara kongsikan 5 sebab anda perlu cuba ikan patin di restoran ini. Confirm berbaloi-baloi punya.
1. Memang pakar dalam masakan ikan patin
Ikan patin ini bukannya boleh dimasak begitu sahaja untuk jadi sedap. Ia bermula daripada proses membesarkan ikan patin tersebut. Ada teknik nak bagi makan, teknik nak jaga ikan dalam sangkar, teknik nak pilih ikan untuk dibawa ke dapur dan macam-macam lagi. Ikan patin ada macam-macam jenis. Namun yang digunakan di Restoran Temerloh Catering ini adalah antara yang terbaik dengan harga yang cukup berpatutan. Rasanya? Pergh!!! Pakcik Abang Nara tambah sampai 3 kali. Sedap sampai kuah-kuahnya pun dihirup.
2. Pelbagai lauk pauk selain ikan patin
Tak suka makan ikan patin (rugilah wei!!) ? Tak apa. Tak perlu risau. Di Restoran Temerloh Catering ini, pelbagai macam jenis lauk pauk lain disediakan. Ada ayam kampung, telur masin, ikan talapia goreng, sambal goreng dan macam-macam lagilah. Sebut je mesti ada. Semuanya pun sedap-sedap belaka. Cuma satu nasihat Abang Nara, kalau nak datang makan tengah hari, sila datang awal. Takut orang lain dah makan sampai habis. Melepas nanti.
3. Ada di Wangsa Walk, Shah Alam dan Bangi
Tak perlu risau kalau korang duduk jauh di belah-belah Putrajaya atau Klang. Bukan sahaja ada di Wangsa Walk, Restoran Temerloh Catering ini turut mempunyai cawangannya di Shah Alam dan Bangi. Menurut empunya restoran, sambutan di Shah Alam dan Bangi lagi kaw-kaw punya. Senang je nak cari restoran nie. Sigboard diorang semua sama. Tapi takper, meh Abang Nara kongsikan alamat untuk memudahkan lagi korang. Alamat penuh kat Wangsa Walk ialah 35-G, Kedai D’Wangsa, Jalan Wangsa Delima 12, Wangsa Maju.
4. Ikan patin, ikan patin dan ikan patin
Kalau dah femes dengan ikan patin, takkan kita nak cerita sekali je kan pasal ikan patin Restoran Temerloh Catering nie? Memang sedap beb. Abang Nara yang first time try pun terus jatuh cinta. Tak ada bau langsung. Tip top sangat-sangat. Ushar sikit gambar-gambar yang bakal membuatkan air liur anda meleleh.
5. Tempat makan yang luas dan selesa
Kalau korang nak datang satu family ke, 2 family ke, jangan risau sebab Restoran Temerloh Catering ini memang luas dan selesa. Family Abang Nara hari tue datang hampir 30 orang. Semua orang dapat duduk dengan tenang menikmati kelazatan ikan patin. Tak perlu nak risau tak cukup tempat duduk (tapi perlu diingatkan kalau time tengah hari tue kena datang cepat). Kalau nak lagi selamat, boleh buat tempahan terlebih dahulu dengan menelefon nombor di bawah.
Dah meleleh dah air liur tue kan? Tunggu apa lagi? Serbu hari ini juga Restoran Temerloh Catering di Wangsa Walk, Shah Alam atau Bangi. Abang Nara berani jamin korang akan puas hati. Selamat meratah ikan patin!!!