5 Sebab Anda Akan Menyesal Jika Tidak Gunakan Applikasi Shopee Untuk Jual/Beli Produk

Hiburan

5 Sebab Anda Akan Menyesal Jika Tidak Gunakan Applikasi Shopee Untuk Jual/Beli Produk

Abang Nara mempunyai satu masalah yang kerap membelenggu diri ini. Di rumah Abang Nara, banyak sangat barang yang tidak digunakan tetapi nak buang terasa sayang. Iyerlah, masa beli boleh tahan mahal jugak harganya. Teringin nak jual tapi tak pandai nak buat laman web, nak kena promote kat laman sosial lagi. Itu belum kira nak handle bab bayaran yang pastinya complicated.

shopee

stroller yang dah tak guna. nak buang sayang…

Hujung minggu lalu apabila seorang kawan Abang Nara datang rumah dan melihat banyak sangat barang-barang tak digunakan di dalam stor, terus dia tanya “kau taknak jual ke benda-benda nie?”. Abang Nara pun cakaplah, “malaslah nak handle proses jual beli nie, leceh”. Terus member Abang Nara tue tergelak. Dengan banggannya dia membuka iPhone 6 nya dan menunjukkan satu applikasi bernama Shopee MY.
shopee

Advertisement

Abang Nara pun download applikasi Shopee MY ini di App Store (kalau korang guna Android boleh download di Google Play Store) dan terus minta member ajar cara-cara nak gunakan. Dalam masa 10 minit, Abang Nara dah faham dah konsep Shopee ini. Mudah sangat-sangat. Meh sini Abang Nara kongsikan 5 kelebihan applikasi ini buat anda yang ingin membeli atau menjual hanya menggunakan smartphone anda.

1.Interface yang sangat mudah difahami
shopee

Bukak-bukak je app Shopee ini anda akan nampak menu Buy, Sell, Follow, Activity dan Me di bahagian bawah. Pilih yang mana satu anda nak. Kalau nak jual, tekan la menu Sell. Kalau nak beli, boleh terus tengok apa yang ada di dalam Shopee. Jangan lupa ushar promosi yang sedang ditawarkan. Promosi ini sentiasa berubah-ubah tetapi yang penting, diskaun memang masyuk!!!
shopeeIni salah satu produk kegemaran Abang Nara. Hehehe. Selaku pengguna tegar handphone, kenalah bawak powerbank ke mana-mana kan? Kat Shopee nie macam-macam powerbank ada jual. Harga pun murah. Pilih je yang mana berkenan di hati.

2.Boleh terus mula beli dan jual lepas download app ini
shopeeYang ini Abang Nara paling suka. Selalu kalau nak jual/beli barang punyalah leceh nak kena isi borang, nak kena mesej si penjual dan sebagainya, Shopee ini memudahkan penggunanya. Contoh Abang Nara nak jual basikal anak. Tekan butang sell, terus keluar kamera untuk ambil gambar produk dan lepas itu boleh terus isikan informasi produk tersebut. Nama produk, harga, kategori, stok, barang second hand ke first hand, jenama dan sebagainya semua ada. Hanya perlu isi je. Dah puas hati terus boleh ‘submit’ dan produk anda dah ready untuk dibeli oleh orang lain. Senang gila kan?

shopee

Buat penjual di Instagram, korang pun boleh terus gunakan Shopee untuk menjual produk. Tak perlu nak ambik gambar satu persatu. Semua gambar yang dah diupload di Instagram tue boleh diimport ke akaun Shopee anda. 3 minit je dah siap semua. Klik di sini untuk cuba sekarang.

3.Free of charge

Ini salah satu kelebihan Shopee yang tak ada pada mana-mana applikasi lain. Dah la memudahkan kerja kita membeli dan menjual, diorang tak charge apa-apa pun. Contoh korang jual pencuci muka harga RM30, bila si pembeli bayar, korang akan dapat RM30. Shopee tak ambil komisen apa-apa pun. Semuanya jadi hak milik anda. Memang free se’free-free’nya. Sama juga apabila kita membeli, tak ada charge tersembunyi langsung. Harga yang dipaparkan itulah yang kita kena bayar. Best kan?

4.Semua benda boleh jual jadi banyak sangat pilihan

shopee

Selagi produk korang tak bertentangan dengan undang-undang Malaysia (dadah ke, syabu ke), semua benda boleh dijual di Shopee ini. Abang Nara siap jual basikal lagi!!! Hehehe. Kasut pun boleh, seluar dalam pun boleh. First hand, second hand, third hand pun ok. Bila tiada sekatan untuk jenis produk, maka pilihan pun banyak untuk para pembeli. Memang kelabu mata dibuatnya. Mana taknya, ada lebih daripada 1,000 produk untuk dibeli di Shopee.

5.Dilengkapkan dengan sistem pembayaran
shopee

Satu perkara yang leceh tentang jual beli online ialah untuk pastikan si pembeli betul-betul dah transfer duit kat kita. Kadangkala ada orang suka menipu. Konon dah bayar tapi sebenarnya buat transaksi tipu. Dengan Shopee korang tak perlu risau. Sistem pembayaran dah ada di dalamnya. Maybank2u, CIMBClicks semuanya ada. Kalau si pembeli bank in kat mesin deposit tunai pun boleh ditrace. Sebab resit tue kena upload ikut Shopee. Jadi peluang untuk ditipu dan menipu memang amat tipis. Rasa selamat sikit kan?
shopee

Lagi satu yang paling awesome ialah fungsi chat yang ada terbina di dalam applikasi Shopee nie. Ada benda nak tanya ke apa terus boleh mesej gunakan fungsi chat ini. Ala, kira macam Whatsapp lah. Bolehlah tanya stok ada lagi ke, berapa hari nak post atau kalau pandai, boleh buat ayat manis minta murah. Fungsi chat ini akan membantu korang untuk membuat pilihan sama ada nak beli atau tidak dengan penjual di Shopee.

BONUS: Promosi yang tak henti-henti untuk penjual dan pembeli

Untuk mengalakkan lagi penjual menjual produk mereka menerusi applikasi ini, Shopee selalu akan bagi promosi yang best kepada para penjual. Contohnya harga produk anda RM30. Ada kalanya Shopee akan suruh korang jual dengan harga RM10 sahaja. Jangan risau sebab akan anda tetap dapat RM30. Cuma pembeli perlu bayar RM10 sahaja. Anda tak rugi apa-apa sebab Shopee yang akan bayarkan baki RM20 kepada anda. Best kan? Ini semua untuk galakkan aktiviti jual beli di Shopee. Mana ada syarikat nak tolong buat macam nie kan? Terbaik sungguh Shopee.
shopee

Namun jangan risau kalau korang bukan penjual di Shopee. Selaku pembeli pun ada dapat tawaran yang best-best. Contohnya bila daftar je, akan terus dapat RM10 sebagia tanda penghargaan daripada Shopee. Bolehlah terus guna untuk beli. Pastikan korang sentiasa check notification sebab kadang-kadang akan ada voucher code yang akan menjimatkan lagi perbelanjaan anda.
shopee

Mulai minggu ini Abang Nara akan upload lagi beberapa produk kecantikan yang dibeli di Korea hari itu. Jadi silalah follow kedai Abang Nara di Shopee iaitu @beautifulnara. Harga memang terbaik di pasaran. Kalau rasa mahal boleh minta diskaun. Jangan risau!!! Khas untuk pembaca BeautifulNara, boleh gunakan voucher code “SPBEAUTIFULNARA” ketika membuat pembelian untuk mendapatkan diskaun. Selamat membeli!!!
shopee

P.S: Nah lagi sekali link download applikasi Shopee. Mana tahu korang terlupa. Untuk pengguna iPhone boleh download di App Store dan untuk pengguna Android, sila download di Google Play Store.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...