5 Risiko Ini Wanita Akan Kena Jika Kerap Bawa Beg Tangan Berat, Risikonya Tinggi!

Trending

5 Risiko Ini Wanita Akan Kena Jika Kerap Bawa Beg Tangan Berat, Risikonya Tinggi!

woman with bag

Wanita dan beg tangan memang tak dapat pisahkan. Rasa macam tak kena je kalau jalan dengan tangan kosong.

Advertisement

Tapi, masalah wanita ialah apabila beg tangan yang terlalu berat. Sehinggakan barang yang tak diperlukan pun ada dalam beg tangan.

Tahukah anda bahawa, beg tangan yang beratnya melebihi 3 kilogram mampu menjejaskan kesihatan tubuh.

5 Perkara ini yang akan berlaku pada anda jika selalu sangat bawa beg tangan berat macam batu!

1. Tubuh badan anda jadi tak seimbang

Apabila beg diletakkan pada satu bahu, sebelah tangan tidak dapat dihayunkan. Ia membuatkan tubuh badan anda jadi tak seimbang.

2. Otot bahu jadi tak seimbang

Selalunya kita letakkan beg pada bahu yang kita selesa. Tapi tekanan demi tekanan boleh menyebabkan otot bahu tersebut lebih besar berbanding dengan sebelah lagi.

3. Rasa kebas

Beban pada bahu juga akan menyebabkan rasa kebas dan sakit kerana memikul beban dalam masa yang lama. Belakang leher juga akan turut rasa sakit akibat dari tekanan tersebut.

4. Bawa beg berat boleh menyebabkan sakit kepala?

Ya, memikul beban yang berat akan membuatkan anda rasa sakit kepala. Apabila otot bahu dan leher kejang, ia menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang kepala.

5. Lelaki rasa bengang dengan anda. Sebab apa?

Bila perempuan dah letih nak kena bawa beg tangan yang berat, mulalah lelaki jadi mangsa. Wanita kena tahu, tak semua lelaki RELA nak tolong pegangkan beg tangan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...