5 Punca Anda Terasa Lapar Pada Lewat Malam. Kalau Boleh, Elakkan!

Trending

5 Punca Anda Terasa Lapar Pada Lewat Malam. Kalau Boleh, Elakkan!

Woman eats night stole the refrigeratorSelalu berjaga hingga lewat malam, buatkan perut rasa lapar. Bila dah lapar, nak tidur pun tak selesa sebab perut kosong.

Jadi, kebiasaan malam lewat malam tu dh jadi rutin. Lepas tu menyesal tak sudah sebab berat badan naik, baju tak muat la. Ketahui beberapa faktor yang buatkan anda lapar setiap malam. Kena tahu sebab apa dan elakkan!

Advertisement

1. Stres

Bila ada masalah je nak makan. Memang la makanan buatkan anda rasa gembira dan puas hati, lama-kelamaan akan jadi tabiat dan berat badan naik.

2. Salah tafsir rasa haus dengan lapar

Otak tak dapat bezakan rasa haus dengan lapar. Jadi sebelum mencari makanan, minum air kosong dulu. Kalau rasa lapar juga, barulah mencari makanan.

3. Waktu makan tak tetap

Rasanya masih ramai lagi yang mengabaikan sarapan pagi. Bila waktu makan tak tetap, anda akan rasa lapar dan akan makan tanpa henti.

4. Suka makan gula

Selalu makan makanan manis, buatkan anda jadi ketagih. Gantikan dengan buah-buahan dan mengunyah gula-gula getah. Disiplinkan diri untuk elak makan makanan yang bergula.

5. Malas nak bersenam

Amalkan makanan berserat tinggi, minum air kosong secukupnya dan lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki. Percayalah amalan ini boleh melawan rasa lapar pada waktu malam hari.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...