August 28th, 2017

Salah satu aktiviti bulanan Abang Nara dan wife ialah membeli barangan dapur. Sekali-sekala memang seronok tolak troli keliling supermarket. Tambah seronok bila anak-anak ikut sekali. Habis havoc satu supermarket.

Wife Abang Nara bab beli barangan dapur nie memang sangat teliti dan very particular. Dia akan pastikan beberapa perkara terlebih dahulu sebelum membeli mana-mana produk. Antara check list wajib wife Abang NAra ialah:-

1. Mesti ada tanda halal

Yang ini benda paling penting Kadangkala ada produk tak halal yang tersalah letak tempatnya. Biasalah manusia buat kesilapan kan? Jadi wife Abang Nara sebelum apa-apa akan check dulu ada tanda halal ke tak. Kalau tak ada, memang tak beli.

2. Mesti tengok tarikh luput

Kadangkala ada produk yang dijual pada harga murah tak masuk akal sampai wife Abang Nara terasa pelik. Lepas tue dia terus check tarikh luput. Patutlah murah. Esok lusa dah nak expired. Terus dia tak jadi beli. Hehehe.

3. Mesti fresh dan tiada sebarang bau

Beli nak beli ayam, daging atau ikan, wife Abang Nara akan tanya dulu si penjual bila stok tersebut sampai ke pasar. Kalau dah seminggu dua, memang tak akan belilah. Tak pasal-pasal perut sakit pulak nanti. Sebelum confirm beli pastikan dulu tiada sebarang bau. Takut-takut dah busuk.

4. Mesti prefer produk tempatan

Semangat cintakan negara wife Abang Nara memang tinggi. Kalau ada produk import dan produk tempatan pada harga yang lebih kurang sama, dia akan pilih produk tempatan. Katanya kualiti dan rasa pun lebih kurang. Jadi kenalah support rakyat Malaysia. Kalau kita tak support, sapa lagi nak support kan?

5. Mesti ada label MeSTI

Ini satu lagi tanda yang wife Abang Nara akan ushar kehadirannya di produk yang ingin dibeli. MeSTI ini adalah singkatan untuk Makanan Selamat Tanggungjawab Industri yang merupakan satu inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan terteranya logo MeSTI pada produk makanan , wife Abang Nara lebih yakin memilih kerana makanan tersebut terjamin bersih dan selamat.

Untuk makluman, pensijilan MeSTI adalah salah satu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membantu pengusaha produk makanan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk menghasilkan produk yang bersih dan selamat untuk pengguna.

Sumber gambar : The Vocket

Apa yang best tentang pensijilan MeSTI ini adalah ia boleh dilakukan secara PERCUMA. Kalau anda mempunyai produk makanan, wajib amik sijil MeSTI ini sebab banyak kelebihan dan kemudahan yang bakal diperolehi. Selain daripada memberi keyakinan kepada para pembeli tentang tahap keselamatan dan kebersihan produk anda, anda juga akan memperolehi kelebihan di bawah:-

• Tempoh sah pensijilan selama tiga tahun

• Memudahkan proses permohonan pensijilan halal (JAKIM)

• Memudahkan pasaran produk di pasaraya besar KR1M, COOP1M dan sebagainya

• Mempercepatkan pengeluaran sijil pengeksportan seperti Sijil Penjualan Bebas (Free Sale Certificate)
dalam tempoh satu hari TANPA dokumen tambahan

• Logo MeSTI pada label produk makanan dapat menyakinkan pengguna terhadap keselamatan makanan produk
tersebut

• Memenuhi keperluan perundangan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009

Sumber gambar : The Vocket

Senang je syarat nak apply sijil MeSTI ini. Anda cuma perlu ada syarikat yang berdaftar dengan SSM dan telah mendaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Pendaftaran Premis Makanan di fosimdomestic.moh.gov.my. Bila 2 syarat ini dah dipenuhi, boleh apply sijil MeSTI dengan muat turun borang permohonan dari fsq.moh.gov.my, isi dan hantar ke Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran dengan premis masing-masing. Senang sangat-sangat kan?


Sumber gambar : The Vocket

Jadi kalau anda seorang pemilik produk makanan dan ingin meyakinkan jutaan rakyat Malaysia dengan produk anda, pensijilan MeSTI adalah wajib untuk anda lakukan. Jangan tangguh-tangguh lagi. Lagi cepat anda dapat logo MeSTI di produk anda, lagi cepatlah produk anda akan laku keras di pasaran. Untuk maklumat lanjut, layari fsq.moh.gov.my dan Facebook @BKKMHQ atau hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Selamat mendaftar!!!


Comments are closed.

Loading...