5 Perkara Yang Masyarakat Salah Faham Terhadap Pelajar Lulusan Luar Negara

Trending

5 Perkara Yang Masyarakat Salah Faham Terhadap Pelajar Lulusan Luar Negara

Pelajar yang belajar dan bergraduasi dari universiti luar negara selalunya dipandang tinggi oleh keluarga dan masyarakat. Mereka selalu dianggap sudah berjaya, lebih berjaya daripada rakan-rakan sebaya mereka yang belajar dalam negara. Tanggapan yang salah!

Advertisement

1. Banyak Duit

Kita akan lihat kebanyakan pelajar yang belajar di luar negara ini banyak berjalan dan travel ke serata dunia. Betul ke mereka ini banyak duit? Untuk pengetahuan anda, pihak penaja seperti JPA mempunyai beberapa kadar elaun yang diberikan kepada pelajar, bergantung kepada universiti mana yang masuk.

Jika universiti itu terletak di bandar, elaun Kadar A lebih banyak akan diberikan. Sekiranya universiti itu di luar bandar, mungkin elaun Kadar B akan diberikan. Elaun yang diberikan adalah mencukupi mengikut kiraan kasar oleh pihak penaja.

Tidak dinafikan ada beberapa pihak penaja memberi elaun lebih banyak berbanding pihak JPA atau MARA, contohnya pihak Petronas dan Bank Negara. Selalunya pelajar luar negara akan masak, jadi mereka dapat berjimat dan menabung untuk pergi berjalan-jalan.

2. Makin Jauh Daripada Agama

Ada ibu bapa melarang anak-anak dari melanjutkan pelajaran terutamanya ke negara yang bukan Islam seperti Amerika Syarikat, UK da Russia kerana risaukan anak mereka akan jauh daripada agama Islam. Perkara ini terlalu subjektif bergantung pada seseorang individu itu sendiri.

Ada sesetengahnya lebih dekat dengan agama, mereka lebih menghargai Islam itu sendiri. Melalui hubungan dengan masyarakat Islam setempat, mereka sebenarnya lebih berfikiran terbuka dan mudah memahami perbezaan mazhab.

3. Pandai Berbahasa Inggeris

Mungkin, kebanyakannya. Bergantung pada negara mana pelajar itu belajar. Jika pelajar itu dari lepasan universiti Jepun atau Russia, mungkin tidak kerana bahasa rasmi yang digunakan mereka adalah bahasa tempatan di sana.

Di luar negara cara hidup setiap pelajar juga berlainan. Ada yang berada dalam kelompok rakyat Malaysia dan bertutur dalam bahasa Melayu hampir setiap masa. Mereka sebahagiannya tidak menunjukkan peningkatan dalam penggunaan bahasa Inggeris.

4. Gaji Lebih Banyak

Sesetengah masyarakat beranggapan lepasan luar negara boleh hidup mewah di Malaysia kerana gaji mereka dibayar lagi banyak dari pelajar lepasan dalam Malaysia. Ini cuma mitos semata-mata. Jika ada sekalipun, bilangan syarikat yang mempunyai polisi sedemikian mungkin boleh dibilang dengan jari.

Berlainan dengan negara Singapura. Pelajar lepasan luar negara memperolah keistimewaan dan gaji mereka dibayar lebih banyak berbanding pekerja lain lepasan universiti tempatan. Pekerja lepasan universiti luar negara dapat hidup mewah di Singapura.

5. Mudah Dapat Peluang Pekerjaan

Hanya mitos semata-mata. Berdasarkan krisis ekonomi sekarang ini yang tak berapa baik, golongan pelajar yang menamatkan pelajaran di luar negara turut terpaksa melalui tempoh menunggu kerja yang lama. Jangan terkejut jika ada yang terpaksa menunggu sehingga 6 bulan lamanya.

Golongan ini terpaksa bersaing dengan rakan sebaya yang belajar dalam negara. Ya, memang tiada jalan pintas. Tidak dinafikan ada syarikat yang lebih cenderung mengambil pelajar lepasan luar negara, peratusannya ada tapi mungkin terlalu sedikit.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...