5 Perkara Yang Anda Boleh “Lupakan” Apabila Anda Memiliki HUAWEI P40 Pro+ dan MatePad Pro 5G Untuk Pengalaman 5G Terbaik

Teknologi

5 Perkara Yang Anda Boleh “Lupakan” Apabila Anda Memiliki HUAWEI P40 Pro+ dan MatePad Pro 5G Untuk Pengalaman 5G Terbaik

Masih ingat tak lagi dengan kehebatan HUAWEI siri P40 yang pernah kami kongsikan menerusi artikel ini? Ya, telefon pintar ini menjanjikan pengalaman terbaik untuk penggunanya dalam fotografi dan rangkaian (best in photography and connectivity).

Sekarang cuba pejamkan mata anda dan bayangkan P40 Pro+ ini digandingkan dengan HUAWEI MatePad Pro 5G. Sudah tentu gabungan kedua-dua peranti hebat ini bakal mempertingkatkan produktiviti & memberikan lebih keselesaan untuk sebarang urusan, tanpa mengira sama ada untuk kerja atau hiburan.

Advertisement

huawei p40 pro+

huawei matepad pro

Lupakan Wi-Fi, Lupakan Hotspot

Kedua-dua peranti daripada HUAWEI ini telah bersedia untuk capaian Internet 5G bukan sahaja di Malaysia pada masa akan datang, malah di luar negara. Kelajuan Internet 5G adalah sangat pantas dan stabil, sekaligus membolehkan anda tidak lagi bergantung pada Wi-Fi ataupun “hotspot” untuk kekal di atas talian. Lebih penting, keselamatan akaun anda turut terjamin kerana anda tidak lagi menggunakan sambungan yang mudah digodam.

Lupakan wayar sambungan, kini ada HUAWEI Share

Hanya satu sentuhan sahaja diperlukan untuk menyambungkan HUAWEI P40 Pro+ dan Matepad Pro 5G. Anda boleh menghantar fail antara kedua-dua peranti ini dengan hanya “drag and drop”. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menjawab panggilan telefon menggunakan HUAWEI MatePad Pro 5G selepas sambungan dilakukan.

Lagi best, tablet ini hadir dengan papan kekunci magnetic dan M-Pencil yang pasti akan meningkatkan produktiviti anda ketika melakukan kerja. Last but not least, anda boleh melihat gambar dan video yang telah diambil di HUAWEI P40 Pro+ dengan lebih jelas di skrin FullView MatePad Pro5G 10.8 inci. Layan drama/filem pun lagi syok sebab ada sistem suara Harman-Kardon!

Lupakan “charger” yang banyak, 1 sudah mencukupi

Ha, kalau anda seorang kaki travel, pastinya anda menyukai kelebihan menggunakan peranti HUAWEI. Selalunya untuk satu laptop, satu tablet, satu telefon kita kena bawa “charger” masing-masing, namun untuk P40 Pro + dan MatePad Pro 5G ini, kedua-duanya menggunakan “charger” 40W SuperCharger USB Type C yang sama. Bukan itu sahaja, kedua-dua peranti ini turut menyokong “wireless charging”. Paling best, sekiranya P40 Pro+ anda kehabisan bateri, anda boleh mengecas menggunakan MatePad Pro 5G kerana ia dibangunkan dengan kebolehan Reverse Wireless Charging. Barulah ringan beg bila pergi melancong!

Lupakan “Hard Drive”, 50GB HUAWEI Cloud PERCUMA untuk anda

Anda tidak lagi memerlukan “hard drive” untuk menyimpan segala gambar, video atau fail kerja kerana HUAWEI memberikan 50GB Cloud Storage untuk mereka yang membeli peranti mereka. Salah satu kelebihan storan awan ini tak lain tak bukan ialah ia boleh diakses di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Maka anda dah tak perlu membazir nak beli “hard drive” yang harga beratus ringgit, sekaligus mengurangkan berat beg kerja anda. Gunakan je kelajuan Internet 5G di dalam HUAWEI P40 Pro+ dan MatePad Pro 5G untuk akses segala fail yang diperlukan di dalam HUAWEI Cloud.

Lupakan hasrat beli 2 peranti secara berasingan, dapatkan keduanya dengan RM22.73/sehari

HUAWEI P40 Pro+,

HUAWEI kini menawarkan plan ansuran yang membolehkan anda merasai sendiri pengalaman 5G terbaik untuk HUAWEI P40 Pro+ dan MatePad Pro 5G bermula dengan harga serendah RM22.73 sehari. Tiada cas faedah dikenakan untuk tempoh 12 bulan. Siap dapat hadiah percuma seperti HUAWEI SuperCharge Wireless Charger Stand, Freebuds 3, akses percuma 3 bulan HUAWEI Video VIP dan percuma HUAWEI Cloud 50GB yang sah untuk 12 bulan. Berbaloi gila-gila!

Maklumat lanjut mengenai HUAWEI P40 Pro+, sila layari laman rasmi HUAWEI P40 Pro+

Karnival AppGallery HUAWEI, peluang menang Proton X70

Untuk makluman, bermula 19 Jun sehingga 30 Jun 2020 ini, sedang berlangsung Karnival AppGallery HUAWEI yang menawarkan hadiah berjumlah RM2,000,000. Salah satu hadiah utamanya ialah 3 buah Proton X70. Sekiranya anda membeli HUAWEI P40 Pro+ dan HUAWEI MatePad Pro 5G dalam tempoh ini, maka anda berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah ini. Maklumat lanjut di sini

Selain itu, HUAWEI AppGallery kini mengandungi hampir kesemua applikasi yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia seperti Facebook, Whatsapp, WeChat, Line, HereWeGo, AirAsia, TikTok, Lazada dan banyak lagi.

HUAWEI AppGallery: Lebih Selamat, Lebih Storan, Lebih Ganjaran

Kalau anda nak tahu, HUAWEI AppGallery adalah selamat kerana ia mengandungi 4 lapisan perlindungan yang telah diiktiraf oleh kualiti antarabangsa. Last but not least, anda boleh menggunakan lebih daripada 1000 Quick Apps secara global di dalam HUAWEI AppGallery ini tanpa perlu meng”install”nya di dalam peranti HUAWEI anda. Jimat ruang simpanan.

https://www.leesharing.com/wp-content/uploads/2020/06/image001.jpg

Andai kata anda tidak menjumpai applikasi yang diinginkan di dalam HUAWEI AppGallery, jangan risau kerana ada cara untuk memuatturun applikasi tersebut. Anda hanya perlu memasang applikasi “Petal Search Widget” dan cari applikasi yang diinginkan menggunakannya. Memang tak ada masalah lah nak gunakan applikasi kegemaran anda di dalam peranti HUAWEI.

Last but not least, sekiranya anda membeli P40 Pro+ dan MatePad Pro 5G, jangan lupa untuk menebus ganjaran di HUAWEI Member Centre dan dapatkan juga 50GB storan awan percuma HUAWEI untuk tempoh 12 bulan di situ. Senang cakap memang banyaklah hadiah-hadiah best menanti anda jika anda membuat keputusan mendapatkan 2 peranti hebat ini. Baca selanjutnya di sini

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...