5 Perkara Ini Perlu Buat Terlebih Dahulu, Sebelum Buat Keputusan Nak Jual Rumah

Trending

5 Perkara Ini Perlu Buat Terlebih Dahulu, Sebelum Buat Keputusan Nak Jual Rumah

Bila nak buat sesuatu pelaburan termasuk hartanah, sudah pasti akan mempunyai untung dan rugi. Ianya bergantung bagaimana strategi kita untuk memastikan pelaburan yang dibuat itu mempunyai peluang yang lebih baik. Jika ada rugi, atau keuntungan yang sedikit, tak bermakna tidak mampu untuk bangkit semula.

Advertisement

Begitu juga dengan penjualan hartanah, iaitu rumah anda. Mungkin anda membuat penilaian untuk menjual rumah bagi memulakan pelaburan baharu, atau mengurangkan sedikit liabiliti tanggungan anda bagi kegunaan lain.

Namun perlu diingat, ianya tidak semudah itu untuk menjual rumah, sebab perlu pastikan ianya membawa pulangan yang berbaloi.

Untuk mengetahui sama ada keputusan untuk menjual rumah akan membawa keuntungan buat anda, atau ianya berbaloi pada anda, 5 perkara ini yang anda perlu lakukan terlebih dahulu.

Jom kita lihat apa yang harus dilakukan dalam membantu membuat keputusan yang baik.

Pagi ini kawan saya tanya. Katanya rakannya nak jual rumah sebab nak kurangkan komitmen dan nak beli rumah lebih murah dengan untung duit yang ada. Buat masa ini hanya itu sahaja hartanah yang dia ada, tapi sekarang sedang duduk menyewa.

Nak jual rumah kena buat beberapa perkara dahulu sebelum boleh putuskan sama ada berbaloi atau tidak.

1. Semak market value

Ada banyak cara. Dapatkan verbal valuation dengan cara walk in ke bank dan minta bantuan banker tanya panel valuer mereka. Atau kalau ada kawan valuer, tanya terus mereka. Paling cikai, tengokla berapa average harga orang jual rumah yang lebih kurang serupa di kawasan yang sama.

2. Semak full settlement

Pergi ke bank yang bagi loan dan minta statement berapa full settlement, iaitu baki yang perlu dibayar untuk langsaikan hutang

3. Kira keuntungan kasar

Kiralah berapa keuntungan kasar daripada jualan rumah tersebut. Itupun kalau dapat jual pada market value. Contoh market value 300K, full settlement 250K, maka untung kasar 50K. Kalau nak jual rendah daripada market value, contohnya 280K, so untung kasar 30K la. Ok katakan assume untung kasar 50K.

4. RPGT

Kalau rumah tu belum sampai tempoh edah 5 tahun, kena RPGT kecuali guna pengecualian sekali seumur hidup. Katakan rumah tu dah 4 tahun, RPGT 10%, so RPGT kasar ialah 10% daripada 50K = 5K. Ada banyak aspek RPGT yang lain, tapi tak sempat cerita. Assume la RPGT 5K.

5. Untung bersih

So untung separa bersih ialah 50K – 5K = 45K. Lepas tolak kos2 lain contohnya guaman dan repair2 apa yang patut, bolehlah untung 40K. Ini kiraan kasar je tau. Fine detail case by case basis.

Berbaloi ke tak 40K tu? Entah. Bergantung kepada matlamat tuan rumah la. 40K tu boleh je buat bayar deposit sebuah rumah lebih murah atau beberapa rumah lain. Game tak sama. Fikir sendiri berbaloi ke tak.

Ada orang untung 30K pun cukup dah. Ada orang lain untung 300K pun masih tak cukup2. Sukati la, rumah korang, kan.

Jangan pula main letak harga ikut suka, lepas sign S&P baru perasan rupanya harga jual tak cover pun full settlement. Memang yuran pengajaran la.

Kredit : Mohd Fadhli Mohd Fauzi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...