5 Perkara Anda Patut Tahu, Disebalik Pendapat Christy Ng Berkaitan Cuti Bersalin 90 Hari

Kehidupan

5 Perkara Anda Patut Tahu, Disebalik Pendapat Christy Ng Berkaitan Cuti Bersalin 90 Hari

Pada beberapa minggu lalau, kerajaan telah mengumumkan di dalam Belanjawan 2020 tentang cuti bersalin 90 hari yang akan dilaksanakan pada tahun 2021.

Oleh sebab itu, timbul satu isu yang melibatkan usahawan wanita terkenal Christy Ng disalah tafsir oleh sebuah media mengenai cuti bersalin yang akan diberikan kepada pekerja sektor swasta selama 90 hari.

Advertisement

Baca ini: Saya tidak bantah cuti bersalin 90 hari Christy Ng

Disini terdapat beberapa pendapat Christy Ng yang ditekankan oleh beliau tentang kesan cuti bersalin 90 hari kepada wanita di luar sana.

1. Tingkatkan cuti bersalin kepada suami

Menurut Christy, cuti bersalin untuk kaum suami sangat pendek. Dimana, tiada undang-undang di Malaysia yang memberi tempoh masa cuti bersalin untuk kaum suami berserta gaji.

Cuti bersalin pada suami

Beliau memberi cadangan bahawa wanita perlu diberikan cuti bersalin selama 2 bulan, manakala suami pula diberikan cuti bersalin selama 1 bulan untuk memudahkan mereka menjaga anak. Menurut Christy lagi, pasangan suami isteri yang mengambil cuti bersalin tidak boleh bercuti pada waktu yang sama.

Ini akan memberi tanggungjawab yang saksama kepada suami isteri berkongsi tanggungjawab dalam membesarkan anak mereka beberapa bulan pertama. Dengan itu, ia dapat mengurangkan diskriminasi wanita dalam sektor pekerjaan.

2. Waktu kerja fleksibel untuk ibu bersalin

Walaupun cuti bersalin diberikan kepada ibu selama 3 bulan, seorang ibu perlu diberikan waktu kerja yang fleksibel pada bulan ketiga. Dimana mereka boleh berkerja 2-3 hari dalam seminggu ataupun berkerja dari rumah.

wanita kerja dari rumah

Saya setuju dengan idea kerajaan beri cuti bersalin selama 3 bulan, tetapi mari kita beri cara mudah untuk ibu ini berkerja dengan memberikan 2 bulan cuti bersalin, sebulan cuti fleksibel seperti yang saya perkatakan tadi.

3. Menjaga pangkat wanita yang berjawatan besar

Bagi wanita yang mempunyai jawatan dalam sesebuah syarikat, agak susah untuk mereka mengimbangkan antara pekerjaan dan keluarga kerana syarikat bergantung kepada mereka.

wanita berpangkat besar

Saya mahu lebih ramai wanita memegang jawatan tinggi dalam sesebuah syarikat. Tetapi jika seorang wanita perlu mengambil cuti bersalin selama 3 bulan, tempoh tersebut terlalu lama untuk seorang wanita mengejar semula kerja mereka.

Beliau bersetuju dengan cuti bersalin 3 bulan, tetapi ia perlu dilaksanakan mengikut perancangan yang betul agar diskriminasi terhadap wanita dalam mengambil mereka berkerja dengan gaji yang tinggi dapat diubah.

4. Wanita berdepan diskriminasi di tempat kerja

Bagi anda yang berjawatan besar di sebuah syarikat, para pekerja di bawah anda akan memandang rendah kepada anda sebagai seorang pemimpin dalam syarikat. Ini kerana anda mengambil cuti bersalin yang terlalu lama.

Jika wanita diberikan cuti bersalin selama 3 bulan, ini bermakna rakan pekerjaan anda terpaksa ambil alih tugasan anda selama 3 bulan. Jadi, perkara ini perlu diselesaikan, dengan mengambil kira pendapat dan perasaan pekerja lain.

 

Wanita yang mengambil cuti bersalin lama dikatakan lebih memilih keluarga berbanding kerjaya, ini akan membuatkan rakan sekerja anda mempunyai tanggapan buruk kepada anda yang tidak komited dalam sesebuah pekerjaan.

wanita mengandung

5. Diskriminasi kenaikan pangkat pekerja wanita

Kos yang dikehendaki oleh majikan khususnya Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia, (SME Corp Malaysia) untuk pekerja wanita yang mengambil cuti bersalin lebih lama perlu dibayar. Ini adalah satu kebimbangan yang dibangkitkan oleh Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).

Sesetengah syarikat mungkin tidak mampu membayar gaji kepada wanita yang mengambil cuti bersalin selama 3 bulan. Jika syarikat besar, mereka mampu membayar gaji pekerja mereka. Sekiranya syarikat multinasional sehingga 6 bulan mereka mampu bayar gaji.

 

 Tetapi, untuk syarikat SME, yang merupakan tulang belakang negara ini, SME agak susah untuk mengeluarkan kos ini bagi membayar pekerja wanita mereka selama 3 bulan.

 

Syarikat mungkin mencari prospek untuk melindungi pekerja dalam tempoh bercuti yang memerlukan mereka untuk merancang sesebuah peralihan dalam syarikat, dan mungkin perlu bergantung kepada sokongan pengambilan pekerja luar.

Kesan wanita ambil cuti bersalin lama

Isu wanita diberikan cuti bersalin lama sudah lama dibincangkan, malahan kajian juga telah dibuat untuk melihat kesan ibu yang mengambil cuti bersalin lama.

Hasil kajian mendapati bahawa pekerja wanita telah diskriminasi berhubung pengambilan kerja, kenaikan gaji serta kenaikan pangkat.

wanita diskriminasi

Dimana, majikan masih menganggap pergerakan wanita terhad, komitmen keluarga dan lain-lain yang menjejaskan prestasi kerja pada masa akan datang.

Tetapi dari segi kesan positifnya pula, pemberian cuti lama kepada ibu bersalin adalah satu cara majikan boleh mengekalkan dan menyokong pekerja wanita dengan menggunakan langkah terus berhubung dengan mereka semasa sedang bercuti.

Cuti bersalin yang semakin meningkat juga akan membantu mengurangkan masa wanita tidak bekerja, dan mengimbangkan cuti bersalin antara lelaki dan wanita untuk menjaga anak mereka.

 

Sumber: VULCAN POST

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...